Demi merebut peluang dan pendapatan lebih baik; di samping meraih pengalaman dan pendedahan daripada pelbagai majikan atau industri dalam masa singkat.

Demikian antara sebab utama saya dan koresponden, Encik Anwar Salleh, senaraikan mengapa sebilangan pekerja memilih melakukan ‘job-hopping’, iaitu lompat kerja atau kerap bertukar pekerjaan dalam masa singkat tidak melebihi dua tahun.