Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Basmi diabetes secara berkesan dan berterusan

Minggu lalu, 14 November, adalah Hari Kencing Manis Sedunia. Tema tahun ini ialah "Empowering Individuals in Diabetes Self-Care" atau "Memperkasa Setiap Individu Dalam Pengurusan Diabetes Secara Peribadi".
Nov 21, 2022 | 05:30 AM



KENCING MANIS KETIKA HAMIL



Penyakit kencing manis ketika hamil dikenali sebagai GDM atau gestational diabetes mellitus.



Ia berlaku akibat kelemahan dalam metabolisma gula dan karbohidrat ketika hamil, sehingga menyebabkan hyperglycaemia atau kenaikan paras gula dalam darah.



Semasa hamil, keadaan di mana insulin disekat daripada membolehkan glukos diserap dalam sel darah, akan berlaku secara berlebihan.



Ini terjadi akibat hormon-hormon yang dihasilkan uri dalam rahim iaitu progesterone, placental lactogen,cortisol, prolactin dan growth hormone.



Hormon-hormon ini meningkat ke paras yang tinggi ketika hamil dan mereka mempunyai kesan yang bercanggah dengan hormon insulin.



Keadaan rintangan insulin ini lebih ketara dialami semasa trimester kedua, dan ia berlanjutan sepanjang tempoh kehamilan sehingga kelahiran uri.



Di Singapura, GDM menjejas sekitar 20 peratus wanita hamil. Kadar ini lebih tinggi daripasa risiko GDM sedunia iaitu sekitar 13 peratus.



Oleh yang demikian, setiap wanita hamil di Singapura disarankan menjalani ujian bagi mengesan GDM, ketika kandungan berusia antara 24 dengan 28 minggu.




UJIAN OGTT



OGTT atau oral glucose tolerance test adalah ujian pilihan untuk mengesan GDM.



Untuk menjalani ujian ini, wanita hamil dikehendaki berpuasa selama 8 hingga 10 jam dan kemudian menjalani ujian darah bagi menentukan paras gula dalam darah semasa dalam keadaan berpuasa.



Selepas ujian darah ini, wanita itu perlu mengambil minuman yang mengandungi 75 gram gula. Ini diikuti dengan ujian darah satu dan dua jam kemudian.



Jika salah satu daripada tiga ujian darah ini menunjukkan paras gula yang berlebihan, wanita hamil itu diisytiharkan menghidapi GDM.



Yang melegakan adalah, GDM hanya berlaku ketika hamil. Setelah bersalin, GDM akan pupus dan hilang secara sediakala.




FAKTOR RISIKO



Apakah faktor-faktor risiko berkaitan dengan GDM?



Berikut adalah senarainya:



1. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim tubuh melebihi 30 kg/m2;



2. Sejarah GDM dalam kehamilan yang lalu;



3. Terdapat sejarah penyakit kencing manis dalam keluarga;



4. Mempunyai penyakit sindrom polisistik ovari atau PCOS;



5. Usia 40 tahun ke atas, dan



6. Kaum Asia Selatan dan Timur Tengah.




KESAN GDM



Penyakit GDM dikaitkan dengan pelbagai kerumitan ketika hamil. Di antaranya, wanita hamil GDM berisiko tinggi menghidap penyakit pre-eklamsia atau tekanan darah tinggi ketika hamil.



Keadaan ini amat bahaya kepada kededua ibu dan bayi dalam kandungan.



Bayi wanita hamil yang menghidapi GDM berisiko tinggi mempunyai berat badan yang keterlaluan dan ini dinamakan makrosomia.



Bayi makrosomia lebih berisiko dilahirkan dengan kesulitan, boleh mengalami kecederaan ketika dilahirkan dan kebanyakan terpaksa dilahir menggunakan alat bantuan seperti 'forceps' dan 'vacuum', atau terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean secara kecemasan.



Masalah 'shoulder dystocia' adalah keadaan di mana bahu bayi terperangkap ketika dalam proses bersalin.



Situasi yang mencemaskan ini boleh berkesudahan dengan kecederaan kepada kededua ibu dan bayi. Shoulder dystocia lebih lazim berlaku kepada bayi makrosomia.



Situasi shoulder dystocia lebih wajar dielak dengan kelahiran menerusi pembedahan Caesarean yang dirancang.



Kematian dalam kandungan turut boleh berlaku kepada wanita hamil yang menghidapi GDM yang tidak dikawal dengan baik.



Ini tentunya satu kejadian yang tragik dan menyedihkan.




RAWATAN DAN KAWALAN



Kajian telah membuktikan bahawa risiko kerumitan yang berlaku akibat GDM boleh dikurangkan dengan kawalan paras gula dalam darah secara rapi dan teliti.



Oleh itu, wanita hamil yang menghidapi GDM harus memantau paras gula dalam darah dengan rajin, supaya tindakan dan rawatan yang sesuai boleh dijalankan berlandaskan paras gula dalam darah.



Langkah pertama dalam pengurusan GDM adalah menerusi pengawalan makanan.



Wanita GDM boleh diperkasakan dengan tabiat dan cara pemakanan yang sihat menerusi bimbingan dan nasihat doktor dan pakar pemakananan atau dietitian.



Disiplin yang kuat amat penting untuk berjaya mengawal GDM menerusi pengawalan makanan.



Senaman secara sederhana boleh membantu mengawal GDM. Wanita hamil yang menghidap GDM digalak untuk bersenam selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.



Kajian turut menunjukkan bahawa berjalan selama 30 minit sejurus selepas makan, boleh mengawal paras gula dalam darah.



Biasanya, 82 hingga 93 peratus dari wanita hamil boleh mengawal GDM melalui perubahan dalam cara pemakanan.



Namun, jika pemakanan dan senaman gagal untuk mengawal GDM, maka rawatan menggunakan ubat Metformin atau Glibenclamide dan suntikan Insulin merupakan langkah selanjutnya.



Ubat-ubatan ini tidak terkecuali dengan pelbagai kesan sampingan. Oleh itu, penggunaan ubat-ubatan ini hanya wajar dipertimbangkan jika tiada pilihan lain.



Melalui pengurusan yang rajin dan rapi, melibatkan pengawalan makanan, senaman dan rawatan Insulin atau ubat-ubatan lain, komplikasi yang berkaitan GDM boleh dikurangkan sebanyak hampir 60 peratus.



Harus maklum bahawa para wanita yang mempunyai sejarah penyakit GDM ketika hamil, turut berisiko menghidap penyakit kencing manis dan penyakit jantung sepanjang hayat mereka.



Risiko menghidap kencing manis setelah GDM meningkat sebanyak tujuh kali ganda.



Oleh itu, wanita yang pernah menghidap GDM, dianjurkan supaya menjalani ujian untuk mengesan penyakit kencing manis sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun.




KEMPEN



Sejak beberapa tahun yang lalu, Singapura telah mempertingkatkan pelbagai usaha untuk memerangi penyakit kencing manis.



Pelbagai kempen dan aktiviti telah dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan mengatur langkah-langkah untuk mengurangkan gaya pemakanan yang kurang sihat serta menggalakkan kegiatan yang bermanfaat seperti bersenam dan beriadah secara sihat dan konsisten.



Menurut pengamatan peribadi, saya dapati ramai wanita Melayu hamil menghidap GDM.



Wanita Melayu harus lebih peka dan prihatin dalam usaha untuk mengatasi dan mengawal GDM.



Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dengan penggunaan cogan kata yang kreatif "Kita Sudah Cukup Manis" mengendalikan pelbagai usaha untuk membasmi penyakit kencing manis.



Semoga usaha murni ini dapat diteruskan secara berkesan dan berterusan.



Orang Melayu gemar dengan peribahasa warisan. Dalam usaha untuk menangani penyakit kencing manis, peribahasa "buang yang keruh, ambil yang jernih" boleh mengingatkan kita supaya bijak menilai dan memilih unsur-unsur yang baik untuk kesihatan kita sekeluarga, demi untuk melestarikan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dari generasi ke generasi.



  • Penulis Pakar Obstetrik & Ginekologi Hospital Raffles.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >