Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepelbagaian agama, toleransi seiring jalan di S’pura

Oct 11, 2023 | 6:20 PM
TOLERANSI TINGGI: Rakyat Singapura melaporkan tahap toleransi dan penerimaan antara agama paling tinggi, menurut Pusat Penyelidikan Pew.
TOLERANSI TINGGI: Rakyat Singapura melaporkan tahap toleransi dan penerimaan antara agama paling tinggi, menurut Pusat Penyelidikan Pew. - Foto ST

Kepelbagaian agama Singapura adalah luar biasa pada skala global, terutama jika dibanding dengan jiran-jiran di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Kebanyakan negara tersebut mempunyai satu agama majoriti, manakala di Singapura, tidak lebih daripada sekitar sepertiga penduduknya menganut satu agama, menurut banci terkini.

Laporan Pusat Penyelidikan Pew 2014 malah meletakkan Singapura sebagai negara paling rencam agama di dunia.

Rakyat Singapura melaporkan tahap toleransi dan penerimaan antara agama paling tinggi dari beberapa segi.

Toleransi tersebut muncul dengan sejarah kewujudan bersama yang disokong negara.

Sejak kemerdekaan Singapura pada 1965, pemerintah telah tegas menerapkan pegangan bahawa berbilang kaum dan berbilang agama adalah asas negara.

Berikut adalah lima fakta mengenai pendapat rakyat Singapura berhubung sifat berbilang agama di negara mereka dan tanggapan mereka mengenai kemajmukan berbanding pendapat lain di negara jiran.

Analisis ini berdasarkan tinjauan Pusat Penyelidikan Pew 2022 melibatkan lebih 13,000 orang dewasa di enam negara Asia Selatan dan Asia Tenggara serta tinjauan Pusat Penyelidikan Pew 2019-2020 yang meninjau sekitar 30,000 orang dewasa di India.

1. Kebanyakan agama besar di dunia ketara di Singapura

Dalam kalangan dewasa Singapura, 26 peratus mengenal pasti diri mereka sebagai penganut agama Buddha; 18 peratus sebagai Muslim; 17 peratus penganut Kristian; 8 peratus penganut Hindu; 6 peratus pengikut agama tradisional seperti Taoisme atau Konfusianisme, dan 4 peratus penganut agama lain termasuk kepercayaan agama orang asli.

Baki 22 peratus tidak menganut sebarang agama.

Bilangan orang di Singapura yang tiada ikatan agama, kadangkala dipanggil ‘nones’, juga agak tinggi dalam kalangan negara-negara yang ditinjau.

Malaysia, sebuah persekutuan yang pernah merangkumi Singapura, mempunyai bilangan tertinggi kedua bagi golongan dewasa yang tiada ikatan agama iaitu sebanyak 2 peratus.

2. Rakyat Singapura tidak anggap menganut agama Buddha sebagai amat penting jadi rakyat Singapura

Sebaliknya, segolongan besar responden di negara Asia Selatan dan Asia Tenggara mengaitkan agama majoriti setiap negara sebagai penting kepada identiti nasional.

Sebagai contoh, sekitar tiga suku atau lebih rakyat Thailand, Kemboja dan Indonesia berkata adalah sangat penting menganut agama majoriti negara mereka supaya mereka benar-benar menjadi sebahagian daripada negara mereka.

Di Singapura, hanya 13 peratus dewasa berkata demikian tentang agama terbesar di Singapura, agama Buddha.

3. Penganut semua agama di Singapura umumnya pluralistik dalam kepercayaan mereka

Dalam kalangan semua golongan dewasa Singapura yang beragama, sekitar dua pertiga (68 peratus) mengatakan banyak agama mungkin benar.

Hanya tiga dalam 10 mengatakan agama mereka hanya satu-satunya agama sebenar. (Mereka yang tidak menganut sebarang agama tidak ditanya soalan ini.)

Dalam kalangan semua golongan dewasa Singapura, enam daripada 10 melaporkan berasa berhubung dengan sekurang-kurangnya satu agama lain selain agama sendiri.

Sekitar suku daripada mereka berkata mereka berasa berhubung dengan tiga atau lebih agama lain, yang paling banyak berbanding negara-negara lain yang ditinjau.

4. Penganut dari semua agama di Singapura bersifat toleransi dan menerima penganut agama berbeza

Majoriti rakyat Singapura berbilang agama, termasuk mereka yang tiada ikatan sebarang agama, mengatakan agama Islam, Kristian, Hindu, agama tradisional Cina dan orang asli serasi dengan budaya dan nilai-nilai rakyat Singapura. (Rakyat Singapura tidak disoal tentang agama paling besar negara ini, agama Buddha).

Singapura menonjol berbanding negara lain yang ditinjau tentang ukuran toleransi.

Sebagai contoh, 88 peratus golongan dewasa Singapura mengatakan bahawa Islam serasi dengan budaya dan nilai negara berbanding separuh daripada golongan dewasa Sri Lanka yang mengatakan perkara sama.

Ramai rakyat Singapura juga menganggap agama lain sebagai aman dan mengatakan mereka akan menerima anggota penganut agama lama sebagai jiran mereka.

5. Segolongan besar rakyat Singapura melihat kepelbagaian dalam negara sebagai baik buat negara

Secara keseluruhan, 56 peratus rakyat Singapura mengatakan bahawa mempunyai rakyat berbilang agama, kumpulan etnik dan budaya menjadikan Singapura sebagai sebuah tempat yang lebih baik untuk didiami.

Hanya 4 peratus rakyat mengatakan kepelbagaian sedemikian menjadikan negara mereka tempat yang lebih teruk untuk didiami, sementara 37 peratus rakyat mengatakan ia tidak memberi sembarang perbezaan.

Rakyat Singapura yang sangat cenderung agama menyokong kepelbagaian.

Rakyat Singapura yang mengatakan bahawa agama adalah penting dalam hidup mereka besar kemungkinan mengatakan bahawa mempunyai rakyat berbilang agama, kumpulan etnik dan budaya menjadikan sebuah negara tempat lebih baik untuk didiami berbanding mereka yang tidak beragama (65 peratus berbanding 52 peratus).

William Miner adalah seorang penolong penyelidikan yang memberi tumpuan kepada agama di Pusat Penyelidikan Pew.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg