Tiap senja sang kelkatu
melihat indahnya cahaya
dari deretan lampu di pinggir jalan
biarpun ia sedar banyak teman-teman
musnah gugur mati kerentungan
Kerana sejalur cahaya diterus juga
walaupun berisiko menjadi mangsa
sang kelkatu masih tetap percaya
ia akan dapat memiliki sejalur cahaya.
ISMAIL HUSSAIN
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg