Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Lebih 90% wanita AS terima mesej gangguan seksual di media sosial: Kajian

Aug 23, 2023 | 05:30 AM



Sekita 91 peratus wanita di Amerika Syarikat mengakui ada menerima mesej berbaur seksual yang tidak sesuai, sekurang-kurangnya sekali melalui wadah rangkaian sosial yang biasanya untuk membincangkan isu-isu profesional dan kerjaya.

Forbes dalam laporannya baru-baru ini yang memetik kaji selidik LinkedIn terhadap pengguna wanita di Amerika, mendapati pengguna wadah itu mengakui menerima mesej berbaur lucah sekurang-kurangnya sekali seminggu.


Kaji selidik membabitkan 1,049 pengguna LinkedIn wanita dari Amerika yang log masuk ke wadah rangkaian sosial, mendapati 91 peratus wanita mengatakan mereka menerima mesej romantis atau berunsur seksual yang tidak sesuai sekurang-kurangnya sekali.

Hampir suku daripada responden mengatakan, mesej itu muncul dalam akaun mereka setiap hari atau bersilih ganti.

Laman web ‘Passport Photo Online’ melengkapkan tinjauan dan majoriti wanita yang ditanya berusia antara 27 dengan 42 tahun.

Antara mesej seksual tidak diingini yang diterima adalah meminta untuk janji temu, maklumat peribadi intim atau mengandungi sanjungan yang tidak diminta.

Walaupun LinkedIn mengingatkan pengguna supaya hanya berhubung dengan orang yang mereka kenali secara peribadi, ramai karyawan berhubung dengan orang yang tidak dikenali bagi memperluas rangkaian mereka.

Wadah sosial itu membenarkan mesej dihantar secara percuma tetapi mereka yang berhati-hati tetap boleh menjadi mangsa kerana LinkedIn membolehkan pengguna memasukkan mesej dengan jemputan untuk berhubung.

“Tingkah laku seperti ini tidak sesuai dan tidak dibenarkan di LinkedIn. Mesej romantis dan gangguan yang tidak diingini melanggar peraturan kami dan dasar kami dengan jelas menyatakan jenis kandungan yang tidak dibenarkan di LinkedIn,” kata jurucakap LinkedIn melalui e-mel sebagai maklum balas kepada tinjauan berkenaan.

Katanya, wadah itu sudah menambah ciri-ciri yang membantu menghentikan gangguan sebelum pengguna melihatnya, selain menggalakkan pengguna melaporkan kandungan yang tidak sesuai.

Kira-kira 80 peratus responden berkata, mereka melaporkan pengguna yang menghantar mesej berbaur seksual atau tidak sesuai.

Tidak terhad di LinkedIn saja, golongan wanita kerap berdepan masalah sama di media sosial lain.

BBC melaporkan, pempengaruh media sosial terkemuka di Instagram diganggu setiap hari oleh orang yang tidak dikenali dengan tawaran ribuan dolar sebagai balasan untuk seks atau janji temu.


Berdasarkan kajian, wanita biasanya mula menerima perhatian seksual yang tidak diingini dalam talian daripada lelaki yang tidak dikenali pada usia yang sangat muda, iaitu antara 12 dengan 14 tahun.

Ketika berada di kolej, 80 peratus wanita menerima mesej seksual yang tidak sesuai dalam talian.

Wanita universiti menggambarkan perasaan jijik, ketakutan, marah dan emosi negatif lain sebagai tindak balas kepada jenis gangguan oleh orang yang tidak dikenali ini.

Seperti mahasiswi universiti, wanita dalam tinjauan mengenai mesej di LinkedIn juga melaporkan mereka berasa dicabul, keliru dan bimbang selepas menerima mesej seumpama itu tanpa diminta di wadah berkenaan, malah ada yang menghentikan atau mengubah suai penggunaan LinkedIn.

Ketidakselesaan dengan mesej seperti itu, mungkin sebahagiannya menjelaskan mengapa LinkedIn mempunyai ketidakseimbangan jantina dalam kalangan penggunanya, yang mana 57 peratus ialah lelaki, berbanding 43 peratus wanita.

Mesej dalam talian yang tidak sesuai mungkin menjadi gangguan yang tidak diingini, dilihat merendah-rendahkan dan sukar dielakkan, walaupun dalam persekitaran profesional.

Mereka yang menerima mesej seperti itu harus melaporkan penghantarnya kepada wadah terbabit bagi menjadikan persekitaran dalam talian yang lebih mesra untuk semua. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >