Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Melancong’ S’pura dengan pameran baru Muzium Negara

Alami Singapura dari kaca mata pelancong daripada 27 Mei hingga 19 November di pameran ‘Now Boarding: Experiencing Singapore Through Travel 1800s – 2000s’.
May 23, 2023 | 3:33 PM
MENGIKTIRAF INDUSTRI PELANCONGAN SINGAPURA: Pameran ini memberi tumpuan kepada pelancongan di Singapura dari 1800-an hingga 2000-an.
MENGIKTIRAF INDUSTRI PELANCONGAN SINGAPURA: Pameran ini memberi tumpuan kepada pelancongan di Singapura dari 1800-an hingga 2000-an. - Foto ST

PARA Pengunjung Muzium Negara kini berpeluang merasai pengalaman baru dengan menghadiri pameran tematik pelancongan yang menggambarkan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang diminati oleh dunia selama dua abad yang lalu.

Pameran bertajuk ‘Now Boarding: Experiencing Singapore Through Travel 1800s – 2000s’, akan berlangsung mulai 27 Mei hingga 19 November, dengan kemasukan percuma bagi semua warga Singapura dan penduduk tetap.

Setibanya di pameran, pengunjung akan disambut dengan bunyian papan maklumat penerbangan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi yang telah tidak digunakan lagi dan kini menjadi artifak utama dalam pameran tersebut.

Papan maklumat penerbangan ini juga adalah sebahagian daripada Inisiatif Pengumpulan Kontemporari Sngapura – sebuah usaha mengumpulkan objek dan kisah-kisah yang mendokumentasikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Singapura.

PAPAN ‘PENCEN’: Papan maklumat yang pernah dipaparkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi kini menjadi artifak utama di Muzium Negara.
PAPAN ‘PENCEN’: Papan maklumat yang pernah dipaparkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi kini menjadi artifak utama di Muzium Negara. - Foto ST

Pengunjung juga dapat merasai pengalaman unik sebagai penumpang pesawat dengan ditawarkan tiket muzium yang direka seperti tiket penerbangan oleh kakitangan muzium yang memakai pakaian yang diilhamkan oleh pramugari dan pramugara.

Tiket ini bukan sahaja sekadar tiket masuk, tetapi juga membolehkan pengunjung mendengar kisah-kisah pelancong serta individu-individu yang berperanan penting dalam mempromosikan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang popular di mata dunia.

Sebagai sebahagian dari pameran itu, seragam ikonik penjaga pintu Hotel Raffles yang mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan senyuman dan layanan istimewa juga dipamerkan. Ini memberi pengunjung peluang untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perjalanan pelancongan dan hospitaliti di Singapura sejak beberapa dekad yang lalu.

SERAGAM HOTEL RAFFLES: Pakaian seragam ikonik penjaga pintu Hotel Raffles adalah salah satu artifak yang dipamerkan di pameran.
SERAGAM HOTEL RAFFLES: Pakaian seragam ikonik penjaga pintu Hotel Raffles adalah salah satu artifak yang dipamerkan di pameran. - Foto ST

Muzium Negara juga berharap pengunjung dapat menikmati bukan sahaja paparan sejarah perjalanan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang menarik, tetapi juga berusaha untuk merangsang dialog dan refleksi tentang bagaimana sejarah dan gambaran Singapura telah dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengiklanan dan promosi kepada dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg