Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

HARTANAH DI JOHOR AKIBAT COVID-19

Najis bersepah, rumah dirosak tikus selepas tiga tahun terbiar di JB

Jun 11, 2023 | 05:30 AM



Sebaik pintu rumah dibuka, bau busuk menusuk hidung.

Punca bau tersebut bukan datang dari hanya satu sumber, tetapi merupakan gabungan pelbagai punca termasuk najis yang terpancut keluar dari tandas, bangkai tikus di sana sini dan paip air yang bocor.

Mujur Cik Siti Hazirah Hamid serta tiga adik-beradiknya yang lain sudah bersedia menghadapi keadaan tersebut sebelum mereka tiba di rumah ibu bapa mereka di kawasan Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru (JB).

Sebulan sebelum sempadan dibuka April tahun lalu, Cik Siti Hazirah telah menghantar kunci rumahnya kepada jiran ibu bapanya untuk membantu melihat keadaan rumah yang telah ditinggalkan lebih tiga tahun itu dan memetik gambar.

Justeru, beliau dan adik-beradiknya sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan juga membawa perkakas yang diperlukan bagi membersihkan rumah tersebut.

Beliau juga telah menghubungi syarikat khidmat pembersihan di JB untuk datang pada hari yang sama.

“Kami ada pasang CCTV (kamera litar tertutup) di rumah, jadi kami dapat lihat juga apa yang berlaku dan dah beritahu ibu bapa jangan turun dulu, biar kami adik-beradik ke sana tolong bersihkan dulu sebelum mereka datang.

“Takut nanti mereka terkejut sangat lihat keadaan rumah,” kata Cik Siti Hazirah, 37 tahun, yang bertugas sebagai penyelaras di syarikat pengeluaran.

Meskipun ada langkah-langkah keselamatan yang telah dikuatkuasakan di kawasan perumahan privet di Bandar Dato’ Onn, termasuk pegawai keselamatan yang sentiasa menjaga pintu masuk ke kawasan itu, Cik Siti Hazirah akui tetap bimbang rumah mereka dimasuki perompak.

“Rumah ibu bapa kami dah tunggang terbalik, dengan pinggan mangkuk yang jatuh ke lantai, karpet dan sofa yang dah koyak, dan perabot yang dah rosak, kalau orang lain lihat pastinya mereka ingat perompak dah masuk.

“Tapi melalui rakaman CCTV itu kami lihat memang tikus punya kerja,” katanya, sambil menceritakan perasaan geli-geleman melihat tahi tikus bertaburan di setiap sudut rumah.

Dinding rumah yang dipenuhi kulat dan dengan pintu yang sudah dimamah tikus membuatkan rumah sebandung dua tingkat itu kelihatan “seperti rumah hantu”, kata Cik Siti Hazirah.

Selama dua hari, beliau dan tiga adik-beradik perempuan bersama enam kakitangan pembersihan yang mereka bayar berusaha sedaya mungkin membersihkan rumah tersebut.

“Selain kakitangan pembersihan, pada hari itu juga kami aturkan tukang paip untuk datang perbaiki paip bocor dan juga aturkan penyelenggaraan alat hawa dingin di rumah itu.

“Apa yang boleh dibersihkan kami cuba sedaya upaya, tetapi banyak juga yang kena buang seperti karpet dan perabot-perabot yang musnah,” katanya.

Secara keseluruhan, mereka telah membelanjakan RM900 ($267) sehari bagi khidmat pembersihan, dan RM600 bagi khidmat pembuangan atau ‘disposal’.

Untuk memperbaiki keadaan rumah, mereka juga telah memperuntukkan $20,000 untuk kerja-kerja pembaikan termasuk menggantikan kabinet dapur yang pecah disebabkan paip bocor.

Menurut Cik Siti Siti Hazirah, mereka membawa ibu bapanya pulang ke rumah mereka setelah semua kerja pembaikan dan pembersihan selesai dalam tempoh lebih sebulan.

Ibunya, Cik Rabiah Salleh, 67 tahun, berkata: “Lega rasanya apabila lihat rumah dah kembali seperti biasa, bimbang juga lepas lebih tiga tahun tak ke sana.”

Cik Rabiah dan suami, Encik Hamid Ramin, 69 tahun, biasanya tinggal di rumah persaraannya di JB itu secara selang-seli: Selepas menetap selama dua minggu di JB, mereka akan pulang ke rumah Cik Siti Hazirah di kawasan Sembawang selama dua minggu sebelum pulang ke JB lagi.

Rumah milik Cik Rabiah dan Encik Hamid di Bedok pula disewakan.

Ini meskipun Encik Hamid masih bekerja sebagai atendan kesihatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan perlu berulang-alik Singapura-JB setiap hari apabila Cik Rabiah, yang sudah bersara, berada di rumah mereka di JB.

Cik Siti Hazirah, adik-beradiknya serta keluarga mereka pula hanya akan ke rumah JB itu semasa hujung minggu atau cuti sekolah.

Katanya: “Sebenarnya saya dan adik-beradik saya juga berpindah ke daerah Sembawang supaya lebih dekat dengan koswe.

“Jadi, jika bapa saya nak balik ke rumahnya di JB tapi kesesakan koswe terlalu teruk, kami akan sarankan beliau pulang ke salah satu rumah kami di Sembawang saja, dan ibu akan tinggal sendirian di JB dulu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >