Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TUPPERWARE 'BUNGKUS' KENANGAN

Pengedar Tupperware terus juang meski permintaan kurang

Ramai yang menyebut pelbagai bekas makanan sebagai 'Tupperware', walhal 'Tupperware' adalah jenama produk bekas makanan. Mungkin di kalangan kaum ibu ingat 'parti Tupperware' yang popular semasa era 1970-an-1980-an dulu yang menghimpunkan sekumpulan wanita, mungkin lima hingga 15 orang, mencuci mata dan membelek produk 'Tupperware' sambil menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan tuan rumah. Meskipun populariti Tupperware kini terjejas dan syarikat tersebut dikatakan sukar mencari pelanggan baru, beberapa individu berkongsi dengan BERITA MINGGU (BM) betapa kewujudannya meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka.
Apr 30, 2023 | 05:30 AM



BEKAS berwarna-warni tersusun rapi di satu sudut rumahnya, gabungan stok baru dan lama daripada jenama Tupperware.



Malah, sudut rumah Cik Ruhaida Amin di Jalan Mata Ayer itu telah menjadi salah satu tempat menyimpan produk Tupperware yang dijualnya sejak 29 tahun lalu hingga sekarang.



Ia juga sering menjadi lokasi 'parti Tupperware' yang popular di kalangan kaum ibu dalam era 1970-an dan 1980-an dulu.



Menurut Cik Ruhaida, semasa populariti jenama tersebut memuncak sekitar tahun '90-an dan awal tahun 2000, beliau mampu meraih sekitar $2,000 hingga $3,000 daripada satu sesi 'parti Tupperware' itu - yang biasanya melibatkan sekitar 10 orang.



Setiap hujung minggunya biasanya akan diluangkan di 'Parti Tupperware' ini - dengan pengedar produk ataupun 'peminat' Tupperware secara silih berganti menjadi penganjur atau hos parti sambil makan-makan dan mencuci mata dengan produk terbaru jenama tersebut.



Meskipun parti seperti itu - dan juga jumlah keuntungan yang dapat diraih - semakin tinggal kenangan, Cik Ruhaida akui masih aktif sebagai pengedar jenama tersebut.



Namun, jumlah pelanggan yang masih berminat kini semakin berkurangan - hanya tinggal pelanggan tetap, yang kebanyakannya telah berurusan dengan beliau selama bertahun-tahun lamanya.



"Sebenarnya tak ramai orang yang sedar masih ada lagi pengedar seperti kami yang masih menjual produk Tupperware ini," katanya yang kini memegang jawatan Pengarah Bersekutu Tupperware Brands.



Menurutnya, sejak ibu pejabat Tupperware di Singapura ditutup sekitar dua tahun lalu, aktiviti perniagaan di sini juga berkurang.



Semasa ia masih beroperasi di sini, pelbagai aktiviti diadakan di ibu pejabat Tupperware, termasuk demonstrasi memasak dan juga 'parti'.



Buat masa kini, Cik Ruhaida - yang masih mempunyai sekitar 100 'downline' atau pengedar lain yang direkrut beliau - hanya terlibat mengendalikan gerai-gerai menjual Tupperware di sekolah atau pejabat.



"Tapi ini pun tak banyak, mungkin sekali dalam beberapa bulan," ujar Cik Ruhaida, 55 tahun.



Namun Cik Ruhaida berkata beliau akan tetap meneruskan 'perjuangan' bersama Tupperware hingga ke akhirnya.



Menurutnya, tempoh Covid-19 juga telah menjejas perniagaan jenama tersebut, terutama apabila ia tidak dapat menganjurkan gerai-gerai menjual produk Tupperware.



"Yang tahu itu tahu lah, ramai juga yang masih cari saya, terutama semasa musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina," katanya.



Cik Ruhaida memutuskan untuk menjadi pengedar sambilan jenama tersebut semasa dalam pantang kelahiran anak keduanya pada 1996.



Pada 2011, lulusan Diploma Teknologi Pemproses Kimia daripada Politeknik Singapura itu akhirnya mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan produk Tupperware Brands secara sepenuh masa.



Ini selepas beliau berhenti bekerja di makmal sebagai seorang ahli mikrobiologi dan sebagai pensyarah teknologi biokimia di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Pada tempoh tersebut, beliau mempunyai lebih 400 'downline' dan pasukannya itu biasanya mencecah penjualan sekitar 70,000 produk setiap bulan.



Berkat usahanya itu, Cik Ruhaida ditawarkan peluang ke beberapa negara bersama Tupperware, termasuk Prague, Cape Town dan Vienna.



Selepas meluangkan lebih separuh hayatnya sebagai pengedar jenama tersebut - dan lebih 12 tahun secara sepenuh masa - Cik Ruhaida berkata beliau tidak kesal jika tiada lagi peluang menjadi pengedar.



Beliau, yang akui kini menjual produk Tupperware sekadar sebagai hobi, berkata:



"Semuanya dapat saya rasakan dan alami, dari 'parti Tupperware' yang meriah hinggalah mengembara keliling dunia dengan teman-teman seangkatan yang juga pengedar, orang kata dah puas hati jugalah," ujarnya.




"Semuanya dapat saya rasakan dan alami, dari 'parti Tupperware' yang meriah hinggalah mengembara keliling dunia dengan teman-teman seangkatan yang juga pengedar, orang kata dah puas hati jugalah."
- Cik Ruhaida Amin, Pengarah Bersekutu Tupperware Brands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >