Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEDUTAN WAWANCARA BH DENGAN ISHAM JALIL

'Pengundi M'sia kini pecah tiga'

Oct 26, 2022 | 05:41 AM



SOALAN (S): Apakah penilaian anda tentang kemampuan Umno dan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini?



Jawapan (J): Kami harap menang dengan selesa. Menang dua pertiga kira bonus. Menang selesa membolehkan kerajaan yang dibentuk itu stabil dan tidak digugat pembangkang.



Kemenangan selesa bermakna jumlah kerusi adalah tinggi, melebihi jumlah minimum (112 kerusi sebagai kemenangan majoriti mudah) supaya tidak tergugat dengan tindakan lompat parti.



S: Presiden Umno berkata BN akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini. Apakah kelebihan yang ada pada calon-calon ini?



J: Pertama sekali, calon-calon baru ini takde 'baggage' (masalah atau pengalaman lalu). Mereka yang ditampilkan merupakan 'branding' (penjenamaan) parti dalam menawarkan muka baru yang berwibawa dan berkebolehan. Kalau muka calon tidak disukai, banyak 'baggage', pun tak bagus.



Kami dapati rakyat suka 'fresh face' (wajah baru). Mereka tidak ada dosa politik.



Kami melakukan percubaan semasa di pilihan raya negeri Melaka dengan menampilkan sehingga 80 peratus muka baru. Kami mendapat sokongan sangat baik. Kami kemudian lakukan pendekatan yang sama di Johor - 70 peratus muka baru.



Umno tak pernah buat benda-benda macam ini, sampaikan lapan daripada 10 calon muka baru.



Jadi kami mengekalkan pendekatan serupa kali ini tetapi ramai juga ahli veteran yang terus mendapat sokongan rakyat dan pengundi. Jadi ada di antara mereka dikekalkan.



S: Bagaimana anda melihat keadaan BN hari ini berbanding Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH)?



J: Kita tahu bahawa BN mendukung kestabilan dan kemakmuran. Ia adalah manifesto kami. Kami ingin menyelesaikan pelbagai isu 'bread and butter' (isu sara hidup). BN sebenarnya tidak bergantung kepada masalah dibawa PN dan PH.



Kita ada pelan dan agenda kita sendiri bagi kebaikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kita tahu PN diisi ramai ahli lompat parti. PH pula saling berbalah. Lihat saja soal mengadakan pilihan raya di Penang.



S: Bagaimana anda melihat sokongan rakyat hari ini, arah mereka?



J: Kalau kita lihat daripada hasil PRN lalu, kita akan lihat pengundi sekarang pecah tiga. Pengundi bukan Melayu umpamanya, daripada kalangan Cina dan India, dah tak lagi memberi sokongan kepada parti-parti pembangkang sehebat dulu. Semasa PRN yang lepas, ramai tidak keluar mengundi dan sebahagiannya mulai beralih kepada BN.



Orang bukan Melayu juga tidak yakin dengan manifesto pembangkang. Mereka lihat bagaimana manifesto yang dibentangkan masa PRU14 dulu tidak dipenuhi.



Orang bukan Melayu bergantung kepada ekonomi dan setelah mengalami kerajaan yang ditadbir pembangkang, mereka menjadi tidak yakin.



Kita lihat kesannya masa PRU di Melaka dan di Johor, mereka tidak keluar mengundi. Disebabkan itu, parti-parti pembangkang takut nak berdepan dengan rakyat, kerana telah tipu manifesto.



Sokongan orang muda juga telah mula kembali kepada BN kerana kestabilan dan usaha-usaha pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada mereka.



S: Apakah kesan pemenjaraan bekas perdana menteri, Encik Najib Tun Razak terhadap Umno dan BN ketika ini?



J: Untuk berkempen secara biasa, memang sukar untuk kita dekati sampai 100,000 atau 200,000 lebih penduduk dalam satu masa, tetapi menerusi media sosial, Datuk Najib dapat melakukannya. Jadi, ketiadaan beliau memang terasa tetapi Umno dan BN terus menggiatkan usaha mendekati dan memberi penerangan kepada penduduk dan pengundi menerusi media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >