Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyalahgunaan dadah oleh wanita tinggalkan trauma, kesan atas keluarga

Oct 4, 2024 | 5:28 PM
(Dari kiri) Penerbit Eksekutif, Encik Fakhruradzi Ismail dan Penerbit dan Penyampai Podcast, Cik Natasha Mustafa bersama tetamu mereka, Cik Anita Jangil dan Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar.
(Dari kiri) Penerbit Eksekutif, Encik Fakhruradzi Ismail dan Penerbit dan Penyampai Podcast, Cik Natasha Mustafa bersama tetamu mereka, Cik Anita Jangil dan Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar. - Foto BM oleh KHALID BABA

Penyalahgunaan dadah mempunyai akibat sangat luas yang memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada penyalah guna itu sendiri tetapi juga kepada keluarga dan orang tersayang mereka.

Pergelutan dan trauma yang dikaitkan dengan penyalah guna dadah wanita sering meresapi setiap aspek unit keluarga, menjejas orang tersayang dari segi jasmani, emosi, psikologi dan kewangan.

Dalam episod akhir siri podcast NoTapis dan Biro Narkotik Pusat (CNB), Cik Anita Janqil, seorang bekas penyalahgunaan dadah dan Cik Dianah Ja’afar, pengurus kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), berkongsi kisah dan pengalaman mereka.

Siri podcast itu dihoskan oleh Penerbit dan Penyampai Podcast NoTapis, Cik Natasha Mustafa bersama Penerbit Eksekutif, Encik Fakhruradzi Ismail.

Pada usia muda 17 tahun, Cik Anita yang kini berusia 52 tahun, terjerat dalam penyalahgunaan dadah, dan terus mengambil dadah walaupun semasa kehamilannya hingga mendatangkan akibat yang teruk kepada anak-anaknya apabila mereka dilahirkan.

Anak-anaknya menunjukkan gejala penarikan, menggeletar tidak terkawal apabila mereka dilahirkan - keadaan yang menyayat hati yang membuatkan Cik Anita amat menyesali tindakannya.

Menurut kajian yang dijalankan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) ke atas bukti sedia ada untuk penyalahgunaan dadah semasa kehamilan, bayi lebih berkemungkinan mengalami kecacatan kongenital, gejala penarikan dan gangguan pembangunan jangka panjang. 

Kajian itu mendedahkan bahawa penyalahgunaan methamphetamine (ice), heroin, kanabis (ganja), kokain, 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA, atau ecstasy) dan pelbagai bahan psikoaktif baru (NPS) semasa kehamilan membawa kepada kemudaratan untuk ibu dan anak.  

Cik Anita telah berjaya berhenti dadah apabila mula-mula menyalahgunakan bahan itu pada usia 17 tahun. 

Namun, apabila beliau bertemu dengan pasangannya dan mendirikan rumah tangga, lalu mendapati suaminya itu juga mengambil dadah, beliau kembali kepada tabiat lamanya.

Ketika itu, beliau penyalahgunaan dadah bersama suaminya yang dianggap “rakan dadah” untuk mengeratkan hubungan mereka secara emosi.

Dalam temu bual podcast itu, Cik Anita mengimbau kenangan pedih apabila merenungi tindakan masa lampaunya.

Beliau teringat apabila anaknya meminta wang untuk membeli layang-layang tetapi ditolak kerana beliau memerlukan wang itu untuk membeli dadah. 

Sementara wanita biasanya menyalahgunakan dadah untuk merasakan hubungan emosi itu dengan teman lelaki atau pasangan mereka, ironinya, dadah telah menghilangkan sepenuhnya keupayaan Cik Anita untuk memahami perasaan orang tersayang, contohnya, apabila anaknya ingin membeli layang-layang.

“Dadah membuat saya pentingkan diri sendiri. Nak cakap tak ada duit, ada tapi genap-genap untuk kegunaan dadah saya. 

“Saya banyak beri alasan kalau anak-anak minta belikan barang. Pernah sekali, anak saya minta belikan layang-layang, tapi saya tidak cukup wang untuk membelikannya. Memang dadah ini mematikan emosi empati untuk benda-benda lain. Kita hanya berfikir tentang diri kita. Sekarang bila fikir balik, saya sangat kecewa dengan diri saya,” kata Cik Anita.

Membesar dalam bayangan penyalahgunaan dadah oleh ibu bapa sering mendedahkan anak-anak kepada trauma dan stigma sosial.

Anak lelaki Cik Anita dibuli oleh rakan sebayanya ekoran ketiadaan ibu bapanya dan oleh itu, lebih terdedah kepada isu perasaan dan tingkah laku.

Beliau diejek kerana mempunyai seorang ibu di penjara dan pada satu ketika, tidak dapat menahan ejekan itu.

Beliau kemudian mengugut untuk menikam rakan-rakannya dengan pisau tetapi dapat dihalang daripada melakukan sebarang kemudaratan.

Cik Dianah, yang telah bekerjasama dengan ramai penyalahguna dadah wanita, menyatakan bahawa majoriti wanita yang mula mengambil dadah melakukannya kerana pengaruh daripada rakan atau pasangan mereka.

Lama-kelamaan, wanita-wanita ini terus mengambil dadah sebagai satu cara untuk melarikan diri daripada hakikat kehidupan, meningkatkan ketagihan mereka terhadap dadah dan membawa kepada kemudaratan yang lebih besar kepada diri sendiri dan keluarga mereka.

“Faktor utama adalah tekanan dan emosi yang tidak stabil atas sebab peristiwa kehidupan yang berlaku. Contohnya, penderitaan dari segi perceraian atau pergolakan rumah tangga, kadang-kadang juga akibat kehilangan dan kematian dalam keluarga. Perkara-perkara seperti ini boleh menjejas emosi,” jelas Cik Dianah. 

Keadaan emosi wanita yang bergelut dengan dadah mempunyai kesan kepada keluarga, di mana perubahan perasaan, kemarahan dan ledakan emosi boleh mewujudkan persekitaran yang tidak menentu untuk anak-anak, seterusnya menjejaskan perkembangan mereka dan berpotensi membawa kepada pengabaian atau penderaan dalam keluarga.

Penyalahgunaan dadah oleh wanita membawa kesan meluas yang melangkaui penyalahguna individu. Ia boleh memecah belahkan keluarga dan mengganggu persekitaran yang diperlukan untuk membesarkan kanak-kanak untuk berkembang dan berjaya. 

Lazimnya, penyalahguna dadah wanita akan sedar tentang kesan apabila mereka mengenal pasti kesan tindakan mereka terhadap orang tersayang.

Bagaimanapun, apabila mereka mula sedar, kesan buruk yang berlaku sudah menjadi ketara dan berpanjangan.

“Selalunya, bila wanita nampak impak atau kesan kepada anak-anak, baru datang kesedaran. Kesedaran tentang tindak laku mereka yang mengakibatkan anak dan keluarga mereka jadi tunggang-langgang.

“Contohnya, untuk Cik Anita, mendengar tentang peribadi anaknya telah membawakan suatu kesedaran. Selain itu, kematian atau kehilangan dalam keluarga juga boleh mencetuskan keinginan untuk berubah,” kata Cik Dianah.

SIDANG KEIBUBAPAAN

• 2 November, Sabtu
Pusat Konvensyen Suntec
Bilik 324-526, 2 - 5 petang
Pendaftaran bermula 1.30 petang
• Sokong anak anda dalam dunia yang mencabar hari ini.
Daftar sekarang!
Tempat adalah terhad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg