Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rai Hari Kebangsaan bersama No Tapis!

Edisi podcast tampilkan penyanyi, pempengaruh tempatan dalam peraduan dan segmen perbincangan tentang tanah air
Aug 12, 2024 | 5:30 AM
No Tapis Berita Harian (BH) khas sempena Hari Kebangsaan disertai beberapa tetamu termasuk (dari kiri) wartawan, Encik Khairul Akmal Ali; pempengaruh Sofia Arissa Arman; wartawan, Cik Shiqin Ramadan, penerbit dan penyampai podcast, Cik Natasha Mustafa; Pencipta Kandungan OMGxBH, Cik Nur Sabrina Masri; penyanyi, Izzathy Halil; wartawan, Encik Harith Mustaffa dan pempengaruh, Pamela Lee Nur Shuhadah.
No Tapis Berita Harian (BH) khas sempena Hari Kebangsaan disertai beberapa tetamu termasuk (dari kiri) wartawan, Encik Khairul Akmal Ali; pempengaruh Sofia Arissa Arman; wartawan, Cik Shiqin Ramadan, penerbit dan penyampai podcast, Cik Natasha Mustafa; Pencipta Kandungan OMGxBH, Cik Nur Sabrina Masri; penyanyi, Izzathy Halil; wartawan, Encik Harith Mustaffa dan pempengaruh, Pamela Lee Nur Shuhadah. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Meskipun tinggal di negara yang berbilang kaum dan agama, warga Singapura belajar untuk menghargai satu sama lain, kata penyanyi Music & Drama Company (MDC), Izzathy Halil.

“Kita mempunyai pelbagai kaum yang berbeza di Singapura.

“Berbanding negara lain, saya rasa pelbagai kaum di sini menyumbang kepada kepelbagaian budaya dan ini sesuatu yang saya hargai,” kata Izzathy, 27 tahun.

Sebagai seorang penghibur yang terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) buat tahun ketiga, Izzathy berasa bangga diberi penghormatan menjadi sebahagian daripada acara terbesar negara.

“Bila saya menghadap sektor merah (di padang) dan memandang perkataan Majulah Singapura sambil menyanyi lagi kebangsaan, saya rasa bulu roma saya naik,” katanya.

“Saya ingat lagi dulu saya sering tonton NDP di televisyen, tapi sekarang saya sendiri di acara tersebut,” tambahnya.

Demikian dikongsi dalam satu episod siri podcast, No Tapis Berita Harian (BH) khas sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Episod tersebut juga disertai beberapa tetamu lain termasuk pempengaruh Pamela Lee Nur Shuhadah, Sofia Arissa Arman, Pencipta Kandungan OMGxBH, Cik Nur Sabrina Masri, dan wartawan BH, Encik Khairul Akmal Ali, Cik Shiqin Ramadan dan Encik Harith Mustaffa.

Episod khas itu mengetengahkan para tetamu bertarung dalam peraduan ‘Finish the Lyrics’ atau “Habiskan Seni Kata’ dengan lagu-lagu Hari Kebangsaan popular.

Selain daripada permainan terdapat juga segmen perbincangan.

Antara perkara yang dibincangkan dalam podcast itu adalah keselamatan yang dinikmati di Singapura.

“Saya rasa keselamatan mungkin sesuatu yang kita ambil ringan.

“Kadangkala jika kita keluar makan dan tinggalkan barang-barang kita untuk ‘chope’ tempat, bila kita kembali ke meja kita, barang-barang itu masih ada!” kata Sofia, 27 tahun.

Menurut ibu kepada seorang anak lelaki itu, walaupun negara kita dianggap sebagai selamat, kita harus terus berhati-hati dan jangan ambil mudah keselamatan yang kita ada.

Dalam podcast tersebut, ia juga menyentuh tentang perbarisan hari kebangsaan.

Di dalam kalangan media sosial, ia sering mengundang reaksi bercampur, daripada mereka yang berseronok dan menikmatinya hingga ke mereka yang rasa ia merupakan satu acara yang kurang menarik.

Mengulas tentang hal berikut, Pamela, 25 tahun, berkata beliau sering menonton perbarisan hari kebangsaan setiap tahun di rumah meskipun tidak berpeluang untuk tonton secara fizikal.

Sebagai anak muda, Pamela berkata, segmen persembahan yang menarik tetap menarik tumpuannya dan tentu sekali perhatian orang ramai.

Tambahnya, beliau sering menonton NDP disebabkan suaminya pernah mengambil bahagian dalam perbarisan itu sebagai sebahagian daripada pancaragam polis.

“Sebelum ini bila saya membesar, saya memang tonton NDP di televisyen.

“Tetapi selama 10 tahun yang lalu, saya tonton untuk melihat sekilas suami saya yang memain trumpet dalam kontingen pancaragam,” jelasnya.

“Kalau saya tak tengok, nanti dia kata saya tak menyokongnya,” ketawanya.

Setelah melalui beberapa latihan sebelum NDP 2024, Izzathy berkata beliau tetap melihat semangat yang membara di kalangan penonton.

“Sangat menarik apabila saya lihat penonton penuh semangat, menyanyi lagu-lagu yang dipersembahkan.

“Terutamanya semasa para pelajar yang menghadiri pertunjukan Pendidikan Nasional (NE), dan orang awam sewaktu pranonton NDP,” kata Izzathy sambil menambah ia terus memberinya semangat untuk memberikan persembahan terbaik.

“Kita mempunyai pelbagai kaum yang berbeza di Singapura. Berbanding negara lain, saya rasa pelbagai kaum di sini menyumbang kepada kepelbagaian budaya dan ini sesuatu yang saya hargai.” 
Penyanyi, Izzathy Halil.

“Saya rasa keselamatan mungkin sesuatu yang kita ambil ringan. Kadangkala jika kita keluar makan dan tinggalkan barang-barang kita untuk ‘chope’ tempat, bila kita kembali ke meja kita, barang-barang itu masih ada!” 
Pempengaruh, Sofia Arissa Arman.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg