Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

HAJI SINGAPURA 2022

Saudi bersiap demi manfaatkan peluang pos-Covid-19

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



KERAJAAN Arab Saudi mengharapkan kerjasama lebih baik antara sektor awam dan swasta negara itu dalam usaha meluaskan lagi perkhidmatan mereka bagi jemaah tanah suci Makkah dan Madinah.



Ini sebagai persediaan bagi memanfaatkan peluang terwujud pascapandemik Covid-19.



Kehadiran jutaan Muslim di negara itu bagi melakukan ibadah umrah dan haji dan tujuan wisata setiap tahun memberi pulangan ekonomi sangat besar - lebih $16.21 bilion, atau kira-kira 7 peratus, daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Arab Saudi - menurut akhbar bisnes negara itu, albawaba.com.



Contohnya, pada 2019, sebelum berlaku pandemik ini, 2,489,406 orang menunaikan haji, terdiri daripada 634,379 jemaah tempatan dan 1,855,027 jemaah dari negara lain, menurut perangkaan Penguasa Am bagi Perangkaan Arab Saudi (GAS).



Jemaah tempatan itu daripada 211,003 warga Arab Saudi dan 423,376 bukan warga yang berada di negara itu.



Bagaimanapun, jumlah jemaah pada 2019 itu lebih rendah daripada 3,161,573 jemaah pada 2012. Ia berkurang disebabkan kerja pembangunan semula di seluruh kawasan kota Makkah.



Jadi, bayangkan potensi ekonomi yang boleh dijana Arab Saudi pascapandemik koronavirus.



Menyedari hal itu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, semasa bertemu pelabur di Dewan Perdagangan Makkah pada Disember 2021 menekankan pentingnya kerjasama antara sektor di negara itu sedang ia berusaha pulih daripada kesan ke atas ekonomi pandemik Covid-19 sedunia.



Encik Ahmed Bajaiffer, seorang pelabur dalam syarikat umrah ditukil akhbar Arab News sebagai berkata dalam konteks peluasan kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam, ada keupayaan memberi tugas penyeliaan yang diamanahkan oleh Kementerian Haji dan Umrah kepada firma sektor swasta.



Ini termasuk firma penyambut ketibaan di lapangan terbang, syarikat pemantau, firma pengawasan kesalahan dan mengenakan denda, serta syarikat pengurusan di lapangan.



Idea lain yang dibincangkan termasuk pembentukan Dana Pembangunan Haji dan Umrah yang bebas dan berkaitan kerajaan, kata Encik Bajaiffer.



"Dana ini boleh menyokong daya usaha sektor swasta sebagai pertukaran bagi kerjasama pelaburan yang menguruskan keperluan semua sektor," katanya.



Ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah Kebangsaan, Encik Mazen Darrar, ditukil Arab News sebagai berkata sektor swasta boleh membantu menyediakan khidmat bagi semua jemaah, memastikan "perkhidmatan disediakan itu profesional dan teratur, yang mencerminkan usaha yang dibuat Kerajaan dan menjaga imej jemaah".



Menurutnya lagi, "wawasan 2030 bertujuan meningkatkan jumlah jemaah dan pengunjung menerusi pelbagai langkah, mungkin yang paling jelas ialah dengan menarik pelabur ke sektor ini dengan mempermudah dan menyepadukan mekanisme kerja menerusi penyelarasan dengan pelbagai penguasa dan menyediakan jaminan yang menyumbang kepada ketekalan kerja mereka."




PERANGKAAN JEMAAH HAJI 2010 HINGGA 2021



 ▶ 2010 / 1431 - 2,789,399



 ▶ 2011 / 1432 - 2,927,717



 ▶ 2012 / 1433 - 3,161,573



 ▶ 2013 / 1434 - 1,980,249



 ▶ 2014 / 1435 - 2,085,238



 ▶ 2015 / 1436 - 1,952,817



 ▶ 2016 / 1437 - 1,862,909



 ▶ 2017 / 1438 - 2,352,122



 ▶ 2018 / 1439 - 2,371,675



 ▶ 2019 / 1440 - 2,489,406



 ▶ 2020 / 1441 - 1,000*



 ▶ 2021 / 1442 - 60,000*



- Sumber: Penguasa Am bagi Perangkaan Arab Saudi (GAS) & Kementerian Haji & Umrah Saudi (MOHU)



- Nota:



* Kerajaan Arab Saudi melarang jemaah antarabangsa daripada melakukan ibadah haji pada 2020 dan 2021.



* Hanya warga tempatan dan penduduk Arab Saudi dibenarkan melakukan haji, pada jumlah yang ditetapkan pada kedua-dua tahun itu.



*Antara sebab penurunan jumlah jemaah haji mulai 2013 ialah kerja pembangunan Makkah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >