Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sebar kesedaran bahasa isyarat dengan permainan kad

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Semasa di sekolah menengah, Cik Ummi Qhalisha Shahbirin akan menggunakan isyarat tangan yang mudah untuk berkomunikasi dengan rakan sekelasnya.

 Ini dilakukan beliau dan rakan-rakannya kerana tidak mahu ditangkap berbual dengan satu sama lain semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

“Kami tidak boleh berbual atau menghantar nota-nota kecil kepada rakan-rakan semasa di dalam kelas. Jadi, kami cuba untuk berkomunikasi dengan senyap,” kongsi beliau. 

Tetapi, isyarat-isyarat tangan itu tidak mudah difahami dan mengakibatkan beliau tidak mengerti apa yang cuba disampaikan rakannya. 

Itu membuat beliau dan rakan-rakannya tertarik untuk mempelajari bahasa isyarat yang digunakan oleh masyarakat bisu dan pekak untuk berkomunikasi.

Bahasa isyarat itu seperti ‘bahasa rahsia’ yang digunakan oleh Cik Qhalisha dan rakan-rakannya. 

Lantas, apabila diberi pilihan untuk memilih tema bagi projek akhir tahunnya di Kolej Seni Lasalle, Cik Qhalisha tertarik dengan tema ‘keterangkuman’ dan telah memilih untuk membuat kajian tentang masyarakat tersebut. 

Lulusan diploma dalam jurusan Reka Bentuk untuk Komunikasi dan Pengalaman itu telah menghasilkan sebuah permainan kad interaktif yang membolehkan para pemain mengenali abjad-abjad yang ada dalam bahasa isyarat dalam suasana yang santai. 

Diberi nama Silent Code, permainan kad itu mempunyai lebih daripada 50 kad dan boleh dimainkan bersama dua hingga lapan pemain.


“Saya mahu mereka sesuatu yang dapat memberi kesedaran tentang bahasa isyarat dengan cara yang menarik. 

“Saya mendapat inspirasi daripada rakan saya yang suka membawa permainan kad apabila kami berjumpa. Niat saya adalah untuk membuat sebuah permainan kad yang boleh dimain dengan keluarga atau rakan-rakan,” kongsi Cik Qhalisha yang berusia 22 tahun. 

Terdapat dua cara berbeza untuk bermain dengan permainan kad itu. Pertama ia boleh dimainkan seperti permainan ‘charades’ di mana para pemain harus meneka bahasa isyarat yang ada di kad. 

Cara yang kedua pula memerlukan para pemain mereka perkataan atau ayat dengan kad-kad yang diberi kepada setiap pemain. Permainan kad itu boleh dimain oleh semua lapisan masyarakat dan bukan hanya untuk kanak-kanak atau remaja.

Antara cabaran yang dihadapi beliau semasa membuat projek ini termasuk membuat kajian dan ujian yang menyeluruh.

Beliau juga telah memanfaatkan maklum balas yang diterima daripada para pensyarahnya semasa sesi konsultasi projek. 

Cik Qhalisha yang meminati bidang seni sejak kecil, menitikberatkan tentang reka bentuk permainan kad itu.  Beliau memastikan gaya ilustrasi yang digunakan mudah difahami dan memilih warna dan fon yang sesuai supaya ia tidak menghambat pengalaman pemain.

Jenis kertas yang digunakan juga diambil kira kerana ia mungkin menjejaskan proses pencetakan kad-kad itu. 

Beliau juga telah menguji jika cara-cara permainan kad itu mudah difahami. Sesi itu dilakukan bersama rakan-rakannya yang mengenali bahasa isyarat. Maklum balas mereka membantu Cik Qhalisha memperbaiki permainan kadnya. 

Untuk membuat permainan kad itu lebih efektif, beliau telah menghasilkan buku panduan yang dilengkapi cara-cara mudah untuk menyatakan frasa-frasa yang sering kita gunakan seperti ‘helo’, ‘maaf’ dan ‘ya’ dalam bahasa isyarat. 







Cik Qhalisha juga telah menghasilkan pek pelekat ilustrasi dan video pendek sebagai bahan pemasaran untuk memberi kesedaran kepada bahasa isyarat dan masyarakat tersebut. 

“Saya mahu merapatkan jurang antara mereka yang boleh berbahasa isyarat dan mereka yang baru diperkenalkan kepadanya. Ini supaya masyarakat secara amnya dapat berkomunikasi dengan masyarakat bisu dan pekak secara efektif.

“Saya berharap orang ramai dapat melihat keunikan yang ada dalam bahasa isyarat dan mungkin juga menggunakannya dalam perbualan seharian dan bukan hanya dengan masyarakat bisu dan pekak,” ujar beliau. 

Beliau tidak menolak jika permainan kadnya diberi peluang untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang mewakili masyarakat bisu dan pekak di Singapura. 

Cik Qhalisha yang bakal meneruskan pelajarannya dengan mengambil sarjana muda dalam Komunikasi Reka Betuk berharap dapat terus melibatkan diri dalam projek serupa yang bertemakan isu sosial. – HAKIM NORMAN HASSAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >