Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Selepas 25 lagu Inggeris 'Tiba Masanya' lagu Melayu pertama dari 'rapper' Dilly Del

Apr 04, 2022 | 05:30 AM



SEBELUM ini, nama Dilly Del dikenali dengan lagu-lagu pop, R&B, hip-hop, dan reggae yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris.



Setelah mencipta 25 lagu Inggeris, kini beliau tampil mencuba sesuatu yang baru... menghasilkan lagu Melayu pertamanya.



Menerusi single berjudul 'Tiba Masanya', Dilly Del berkata, ini pertama kali beliau mengubah selera ke lagu Melayu bagi memenuhi permintaan daripada rakan-rakannya.



Pemuda berusia 28 tahun itu menjelaskan:



"Memandangkan saya sudah banyak fokus kepada lagu Inggeris, rakan-rakan memberi cadangan untuk saya hasilkan lagu bahasa Melayu pula.



"Jadi, saya rasa itu ialah satu cabaran bagi saya, sekali gus mampu menyerlahkan lagi kredibiliti saya sebagai seorang penyanyi.''



Menurutnya proses rakaman berjalan dengan lancar dan berpuas hati dengan percubaan lagu Melayunya yang pertama ini.



"Sekiranya semuanya berjalan dengan baik, saya merancang menghasilkan lebih banyak lagu Melayu selepas ini," ujar Dilly Del lagi.



Walaupun sudah biasa di studio rakaman, merakamkan lagu Melayu memberikan cabaran berbeza buat Dilly Del.



Tambah beliau:



"Secara jujur, menyanyikan lagu Melayu agak sukar kerana saya sudah biasa dengan lagu Inggeris. Jika sebelum ini, mungkin proses rakaman lagu Inggeris akan siap dalam masa sejam atau paling lama, separuh hari sahaja.



"Tetapi, proses rakaman menyiapkan lagu Melayu tidaklah semudah yang disangka kerana bahasa Melayu saya tidaklah sebagus mana.



"Ternyata, prosesnya agak panjang dan mencabar untuk saya. Jadi, saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan rakaman.



"Di samping itu, saya ingin berterima kasih kepada keluarga saya yang banyak membantu dari sudut bahasa dalam usaha menghasilkan lagu ini."



Menurut penyanyi muda ini, beliau lebih gemar menonjolkan sisi positif dalam setiap lagu yang dinyanyikannya.



Bagi menyalurkan perasaan yang lebih mendalam terhadap lagunya, beliau mengambil pengalaman kehidupan sebagai inspirasi menghasilkan lagu.



Penyanyi rap yang lebih gemar menghasilkan lagu sendiri itu berkata:



"Apabila saya menulis lagu, saya ingin para pendengar terasa dekat dengan lagu ini kerana mereka boleh mengaitkan dengan kehidupan mereka.



"Kebanyakan lagu yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman berkaitan kehidupan peribadi, hubungan dan sebagainya. Saya mendapat inspirasi untuk menghasilkan lagu 'Tiba Masanya' ketika dalam tandas.



"Tiba-tiba sahaja melodinya bermain dalam kepala dan saya merekodkan melodinya terlebih dahulu menggunakan perakam suara di telefon bijak.



"Pada awalnya, rentaknya lebih perlahan. Tetapi, saya mengubahnya kepada rentak yang lebih rancak, memandangkan pendengar sudah boleh menerima lagu sedih yang lebih rancak.



"Lagu 'Tiba Masanya' bukan sekadar hiburan untuk pendengar, tetapi ia mempunyai cerita tentang sebuah hubungan toksik.



"Saya cuba mentafsirkan bagaimana cara untuk membebaskan diri daripada situasi yang buruk.



" Jadi, ia menjadi satu galakan kepada orang ramai untuk melakukan pemulihan dalam sesuatu hubungan. Mungkin juga, ia boleh dianggap sebagai satu motivasi untuk seseorang berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.



SEKILAS:



Lagu 'Tiba Masanya' telah diputarkan di radio Ria 89.7 FM semenjak Disember 2021.



Lagu ini turut dilancarkan di Spotify pada tanggal 11 Oktober 2021.



Lagu-lagu Dilly Del yang lain berjudul 'Your Love' dan 'Can't Let You Go' telah berjaya diputarkan di radio 100.9FM Los Angeles, Amerika Syarikat.




"Secara jujur, menyanyikan lagu Melayu agak sukar kerana saya sudah biasa dengan lagu Inggeris. Jika sebelum ini, mungkin proses rakaman lagu Inggeris akan siap dalam masa sejam atau paling lama, separuh hari sahaja.
Tetapi, proses rakaman menyiapkan lagu Melayu tidaklah semudah yang disangka kerana bahasa Melayu saya tidaklah sebagus mana."
- Dilly Del




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >