Sebagai Superintenden Daerah Masjid (Daerah Barat), Ustaz Dr Suhaimi Mustar, bertanggungjawab terhadap 16 masjid di kawasan Barat Singapura.
Tugasnya serta kegiatan dianjurkan masjid-masjid kawasan Barat akan terkandung dalam siri Masjid Kita yang bermula setiap Jumaat bermula 17 Januari selama empat minggu.
Masjid Kita akan menyorot perkembangan sektor masjid di sini serta jabatan di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang mentadbirkan masjid-masjid di sini.
Pada Februari, Muis akan juga anjurkan Persidangan Satu Masjid yang akan mengetengahkan fokus dan rangka kerja untuk memacu sektor masjid ke hadapan.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, sebanyak 200 naskhah Berita Harian akan diagih di 10 masjid di barat Singapura pada 17 Januari.
Laporan lanjut di Muka 5
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg