Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KRISIS DI SUDAN

Sudan huru-hara, potensi niaga ‘gum arabic’ terjejas

Jun 19, 2023 | 05:30 AM



Konflik di Sudan berkecamuk – meragut nyawa, mencederakan dan mengakibatkan ramai kehilangan tempat tinggal – sejak ia meletus pada 15 April 2023.

Sedang dunia berharap pertumpahan darah di negara itu segera berakhir, para pemimpin industri di Sudan sendiri khuatir dan menyuarakan amaran bahawa kesan kemelut itu bukan sahaja akan memusnahkan negara itu, malah menjejas masyarakat antarabangsa.

Sejauh ini sudah tujuh kali persetujuan gencatan senjata diisytiharkan, tetapi kesemuanya tidak dipatuhi sepenuhnya. Sehingga Selasa lalu, pergaduhan masih berlaku di beberapa kawasan di ibu kota Khartoum dan bandar Omduman yang berdekatan.

Bagaimanapun, perjanjian gencatan senjata itu sekurang-kurangnya telah dapat mengurangi panasnya konflik di sejumlah daerah. Namun ia tetap juga mendorong orang awam melarikan diri.

Dua pihak yang bertelagah adalah antara angkatan tentera Sudan (SAF) dipimpin Jeneral Abdel-Fattah Burhan, dengan puak spara tentera (RSF), pimpinan Jeneral Mohammed Hamdan Dagalo.

Sekurang-kurangnya 866 orang awam terbunuh dan ribuan yang lain cedera, menurut sebuah pertubuhan doktor Sudan yang memantau kecederaan orang awam.

Malah angka itu mungkin lebih tinggi daripada yang dinyatakan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran bahawa rakyat negara itu akan menderita kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan dan kiriman bantuan kemanusiaan tidak dapat dilaksanakan gara-gara pergaduhan yang berlarutan itu.

Dari satu sudut lain, ‘perang saudara’ yang melanda Sudan itu menjejas ekonomi negara, dan sebilangan rakyatnya kehilangan sumber pendapatan.

Antara yang turut terjejas adalah perniagaan ‘gum arabic’ yang menjadi salah satu sumber eksport terpenting bagi Sudan.

‘Gum arabic’ ini adalah sejenis larutan, yang boleh dipanggil getah pohon acacia. Ia terdapat di negara-negara padang pasir seperti Sudan. Apabila kering, larutan itu berubah bentuk seperti jeli tetapi agak keras sedikit.

Bahan itu amat diperlukan sebagai salah satu campuran dalam minuman, membantu mewujudkan rasa dalam makanan, malah boleh juga digunakan sebagai pelekat seperti yang digunakan pada setem.

Pohon acacia yang mengeluarkan getah itu banyak terdapat di daerah pedalaman sekitar wilayah Kordofan dan Darfur.

Pekebun biasanya menoreh pohon acacia itu semasa musim panas sedang memuncak. Setelah larutan itu kering, pohon acacia memerlukan masa sekitar empat tahun untuk mengeluarkan semula getahnya.

Biasanya penoreh akan membiarkan larutan yang baru ditoreh dan berbuih itu selama 45 hari sehingga ia keras.

Walaupun pendapatan daripada pekerjaan itu tidak begitu lumayan, bagi mereka yang tekun dan melakukannya secara berterusan, pekerjaan ini dapat merubah nasib mereka yang hidup di tengah-tengah kawasan padang pasir itu.

‘Gum arabic’ ini bukan bermakna milik orang Arab. Perkataan ‘arabic’ itu adalah daripada bahasa penduduk setempat yang bererti ‘bagus’ atau ‘bening’.

Bahan itu tidak berbau dan tiada warna. Ia bening dan salah satu kegunaannya adalah boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman, ubat-ubatan, dan tidak merubah rasa asal.

‘Gum arabic’ amat penting terutama kepada syarikat-syarikat besar Amerika Syarikat, seperti Coca-Cola dan Pepsi. Kerana itu bahan ini dikecualikan daripada banyak sekatan yang dikenakan ke atas Sudan.

Eksport bahan ini dianggarkan hanya 10 peratus saja daripada yang upaya diusahakannya, pada hal Sudan adalah pengeluar terbesar di dunia bagi bahan ini.

Sudan dan rakyatnya menderita akibat sering dilanda perang saudara.

Gara-gara keadaan negara itu berkecamuk, potensinya tergugat dan mereka yang mengusahakannya juga khuatir kemungkinan pembeli (pengimport) akan beralih ke negara lain – negara-negara jirannya.

Ketua Lembaga Arabic Gum, Dr Mustapha Abdulsalam Tagelsir, cuba memperkenalkan sistem baru perdagangan antarabangsa elektronik, yang boleh menghubungkan pasaran setempat dengan pembeli antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >