Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENJELANG HARI RAYA

Tak larat buat sendiri... langgan khidmat syarikat pembersihan

Hanya tinggal kurang seminggu sebelum kita menyambut ketibaan Syawal. Ramai yang sibuk membuat persiapan minit-minit terakhir – daripada mendapatkan khidmat pembersihan rumah, mencuci kereta, mahupun menyewa kereta. Ini merupakan beberapa khidmat penting yang sering mendapat permintaan tinggi, dengan beberapa penyedia perkhidmatan berkata mereka melihat peningkatan ketara dalam bilangan pelanggan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. BERITA MINGGU (BM) melaporkan.
Apr 16, 2023 | 05:30 AM



KERJA-KERJA mengemas dan membersihkan rumah secara teliti mungkin mengambil masa sekitar satu atau mungkin dua hari jika hanya melibatkan mereka berdua.



Apabila tugas tersebut diserahkan kepada 'pakar', ia hanya mengambil masa kurang tiga jam.



"Isteri saya pula takut berada di tempat tinggi, jadi kalau kerja-kerja memanjat atau lap tingkap saya seorang yang lakukan...pengsan juga," kata Encik Muhammad Rohaizad Mansor, berseloroh.



Dalam memastikan rumah mereka bersedia atau 'Raya ready' menjelang Syawal, Encik Rohaizad dan isteri, Cik Noor Liyana Ridzwan, telah mendapatkan khidmat syarikat pembersihan rumah baru-baru ini.



Menurut Encik Rohaizad, selama tiga jam itu, tiga pekerja telah membersihkan rumahnya dengan teliti, termasuk mencuci tandas, vakum dan mop lantai serta siling dan mencuci tingkap.



"Kalau nak tunggu kita berdua 'deep clean' rumah ini, memang tak tau bila habislah, kerana kami berdua bekerja hingga lewat dari Isnin hingga Jumaat, cuma ada hujung minggu, tapi kami pun nak rehat juga," katanya.



Tambah Encik Rohaizad, mereka juga tidak mempunyai perkakas yang digunakan pekerja seperti vakum berkuasa tinggi dan juga alat-alat lain yang memudahkan proses tersebut.



Pasangan tersebut - kededuanya 37 tahun - yang juga memiliki seekor kucing turut mempunyai jeriji tingkap yang agak sukar dibersihkan sendiri.



Mereka telah membelanjakan sekitar $300 untuk khidmat membersihkan unit flat tiga bilik mereka di Segar Road itu.



Ini merupakan Hari Raya pertama yang akan disambut di rumah itu setelah mereka berpindah sekitar hujung tahun lalu.



"Jadi tahun ini memang istimewa kerana beraya di rumah baru, jadi teruja juga lah.



"Oleh kerana itu awal-awal lagi kami dah tempah khidmat tersebut, takut lambat-lambat nanti tak sempat pula," kata Encik Rohaizad, yang bekerja dalam sektor penyelenggaraan bangunan.



Semangat menyambut Hari Raya itu jelas terpapar melalui keadaan rumah Encik Rohaizad dan Cik Liyana yang seolah bersedia menyambut tetamu semasa Hari Raya.



Apabila Berita Minggu (BM) mengunjungi rumah pasangan tersebut, botol-botol kaca sudah pun dipenuhi kuih Raya dan disusun di atas meja di ruang tamu.



"Memang barang-barang hiasan isteri saya dah beli sedikit demi sedikit dalam talian. Memang semangat nak beraya di rumah baru," katanya.



Pasangan itu memutuskan untuk 'downsize' atau berpindah ke unit flat yang lebih kecil selepas flat empat bilik mereka di Jurong East mencecah tempoh penginapan minimum (MOP) tahun lalu.



Ini merupakan rumah kedua mereka sejak mendirikan rumah tangga sekitar 10 tahun lalu.



Ditanya sama ada mereka akan menggunakan khidmat pembersihan tersebut lebih kerap selepas ini, Encik Rohaizad berkata:



"Saya rasa lebih sesuai kalau ada 'special occassion' seperti Hari Raya atau mungkin jika rumah kami dah terlalu kotor tak dapat dibersihkan sendiri.



"Tapi selain itu, isteri saya memang kuat mengemas, jadi sikit-sikit itu boleh lah kami kemas sendiri."




"Kalau nak tunggu kita berdua 'deep clean' rumah ini, memang tak tau bila habislah, kerana kami berdua bekerja hingga lewat dari Isnin hingga Jumaat, cuma ada hujung minggu, tapi kami pun nak rehat juga
... tahun ini memang istimewa kerana beraya di rumah baru, jadi teruja juga la. Oleh kerana itu awal-awal lagi kami dah tempah khidmat tersebut, takut lambat-lambat nanti tak sempat pula.''
- Encik Rohaizad Mansor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >