Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ubat titisan mata atropin selamat untuk rawat kanak-kanak rabun jauh

Kajian tempatan beri jaminan atropin tidak beri komplikasi 10 hingga 20 tahun selepas rawatan
Feb 19, 2024 | 05:30 AM



Walaupun ubat titisan mata, atropin telah digunakan untuk merawat masalah rabun jauh atau miopia dalam kalangan kanak-kanak di sini sejak 1990-an, masih terdapat kebimbangan mengenai kesan sampingan jangka panjang yang mungkin timbul.

Kebimbangan mengenai kesan sampingan yang mungkin wujud itu, termasuk silau, iaitu mata menjadi sensitif kepada cahaya, dan penglihatan kabur pada jarak dekat.

Mujur, dapatan satu kajian tempatan memberi jaminan bahawa titisan mata atropin selamat digunakan, dan tidak memberi komplikasi 10 hingga 20 tahun selepas rawatan itu, menurut laporan, The Straits Times (ST).


Kajian Penilaian Jangka Panjang Rawatan Atropin (Atlas) oleh para penyelidik di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) dan Institut Penyelidikan Mata Singapura (Seri) itu dipercayai kajian pertama mengenai keselamatan jangka panjang daripada penggunaan titisan mata atropin.

Titisan mata atropin, yang digunakan untuk merawat dan menguji pelbagai masalah mata, boleh juga digunakan untuk melambatkan perkembangan rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Bagaimanapun, dalam dos lebih tinggi, anak mata atau ‘pupil’ yang menjadi lebih lebar disebabkan ubat itu boleh menjadikan kanak-kanak sensitif kepada cahaya, dan mengaburkan penglihatan jarak dekat.

Kadar rabun jauh di sini adalah tinggi, dengan seramai sembilan daripada 10 rakyat dewasa Singapura dijangka mengalami rabun jauh menjelang 2050, dan sehingga satu perempat daripada mereka mungkin menghidap rabun jauh tinggi.

Atlas adalah tambahan kepada dua kajian terdahulu iaitu Rawatan Atropine bagi Miopia (Atom) 1, yang dijalankan dari 1996 hingga 2002, dan kajian Atom 2 dari 2006 hingga 2012.

Setiap satu kajian itu melibatkan 400 kanak-kanak berusia dari enam hingga 12 tahun.

Dalam Atom 1, seramai 400 kanak-kanak rabun jauh diberi sama ada plasebo, contohnya larutan garam biasa, atau atropin dos tinggi dengan kepekatan 1 peratus, selama dua tahun, diikuti setahun tanpa rawatan.

Plasebo adalah rawatan palsu yang digunakan dalam kajian penyelidikan kawalan.

Dalam Atom 2, seramai 400 kanak-kanak rabun jauh diberi titisan mata atropin dengan kepekatan berbeza-beza – sama ada 0.01 peratus, 0.1 peratus atau 0.5 peratus, selama dua tahun, diikuti setahun tanpa rawatan.

Mereka yang rabun jauhnya semakin teruk sebanyak 0.5 darjah dirawat dengan atropin dengan kepekatan 0.01 peratus selama dua tahun lagi.

Kajian Atlas mendapati walaupun selepas 20 tahun, tiada perbezaan dalam masalah atau komplikasi mata, seperti katarak atau kemerosotan makular yang dialami oleh mereka yang dirawat dengan atropin kepekatan 1 peratus, berbanding mereka yang diberi plasebo.

Ketua Jabatan Oftalmologi Pediatrik dan Strabismus Dewasa di SNEC, Profesor Madya Audrey Chia, berkata dapatan Atlas itu menunjukkan atropin selamat digunakan dan tidak memberi kesan memudaratkan pada jangka panjang.

Kesan memudaratkan nampaknya lebih berkaitan dengan tahap rabun jauh peserta, dan bukannya rawatan yang diterima seseorang, tambah Profesor Chia, penyiasat utama bagi kedua-dua kajian Atom itu.

Dapatan kajian itu diterbitkan dalam jurnal perubatan, Jama Ophthalmology, pada November 2023, yang tertakluk kepada semakan rakan sebaya.


Penyiasat utama Atlas, Profesor Madya Marcus Ang, berkata ramai masih berasa bimbang terhadap kesan jangka panjang atropin.

“Pesakit saya dan ibu bapa mereka masih terus bertanya sama ada mereka akan mengalami katarak, atau sama ada mereka akan hilang keupayaan membaca apabila sudah tua nanti,” kata Profesor Ang, Ketua Jabatan Penyakit Kornea dan Luar Mata, dan Jabatan Pembedahan Refraktif di SNEC.

Katarak adalah penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi kabus, sekali gus menjejas penglihatan.

Antara keterbatasan kajian itu, katanya lagi, ialah hanya 71 peserta daripada mereka yang mengambil bahagian dalam Atom 1 menyertai kajian terbaru Atlas, manakala hanya 158 daripada kohort kedua menyertai kajian terkini itu.

Profesor Ang akur bilangan itu hanyalah sebahagian kecil kohort asal, dan para penyelidik memastikan peserta Atlas mewakili kumpulan lebih besar dari segi umur, bangsa dan tahap rabun jauh.

Kajian itu menyatakan persoalan terus wujud mengenai keberkesanan atropin dalam melambatkan rabun jauh.

Misalnya, tiada perbezaan dalam bllangan kes rabun jauh tinggi dalam kalangan kumpulan peserta berbeza, kata para penyelidik itu.

Hasil kajian oleh Kumpulan Penyiasat Penyakit Mata Pediatrik Amerika Syarikat, yang diterbitkan dalam Jama Ophthalmology pada Julai 2023, mendapati titisan mata atropin dos rendah tidak memberi kesan lebih baik daripada plasebo dalam melambatkan perkembangan rabun jauh dalam kanak-kanak yang dirawat selama dua tahun.


Bagaimanapun, Profesor Chia menjelaskan beberapa kajian lain, yang dijalankan di negara seperti Jepun dan China, menunjukkan keberkesanan titisan mata itu.

Beliau beranggapan perbezaan dalam hasil kajian itu mungkin disebabkan faktor lain, seperti pilihan gaya hidup atau perbezaan kadar perkembangan rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak daripada etnik berbeza.

Profesor Ang turut menekankan, kini terdapat pelbagai rawatan rabun jauh, dan ibu bapa perlu bekerjasama dengan karyawan perubatan dalam mengenal pasti risiko rabun jauh dalam kanak-kanak sejak awal lagi, dan memilih kaedah campur tangan yang sesuai.

Selain memakai cermin mata dan kanta sentuh, terdapat cara lain untuk merawat rabun jauh atau melambatkan perkembangannya.

Ini termasuklah mengguna titisan mata atropin, dan menjalani pembedahan lasik.

Selain itu, seseorang boleh memilih rawatan menggunakan kanta lekap yang diimplan ke dalam mata untuk membetulkan masalah rabun jauh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >