Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Usaha pertingkat kerjaya dalam urus hidupan liar bawa ganjaran RENCANA

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



Baru-baru ini, seramai 18 warga Singapura dan 11 majikan menerima penghargaan tertinggi atas dedikasi mereka terhadap penguasaan dan pembangunan kemahiran di majlis Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Anugerah Majikan SkillsFuture. Dengan kemunculan teknologi canggih dan dunia serta industri yang berkembang pesat, penting bagi individu terus belajar dan mempertingkat kemahiran supaya dapat kekal relevan dan tidak ketinggalan di belakang. Berikut kisah tiga penerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture yang merupakan pejuang pembelajaran sepanjang hayat. Laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).




JIKA ada ular yang tiba-tiba menyusup masuk ke dalam rumah, Encik Mohamad Nazree Suhaimi adalah individu yang akan datang untuk menyelamatkan keadaan.



Bersama pasukan rakan sekerjanya, mereka akan memerangkap haiwan liar itu dan kemudian menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan sambil memastikan persekitaran rumah tidak terganggu sedang mereka melakukan operasi penangkapan itu.



Kepakaran Encik Nazree, 44 tahun, dalam bidang pengurusan haiwan perosak ini sudah lama tertanam dalam dirinya menerusi pengalaman kerjanya selama lebih dua dekad dalam khidmat itu dan pelbagai kursus latihan yang dilaluinya.



Malah, apabila pandemik Covid-19 melanda, beliau antara kakitangan pertama yang menyertai kursus mengenai pembersihan dan penyahjangkitan serta penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), yang kemudian membolehkan syarikatnya menawarkan khidmat penyahjangkitan pula.



Atas dedikasinya mahu terus mempertingkat kemahiran, penyelia khidmat kanan di Aardwolf Pestkare (Singapore) itu baru-baru ini merupakan antara 18 individu yang menerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture.



Anugerah itu mengiktiraf individu yang merupakan pakar kemahiran dalam bidang masing-masing dan pejuang pembelajaran sepanjang hayat serta komited menjadi mentor kepada orang lain.



Sebagai sebahagian daripada anugerah itu, beliau juga menerima hadiah wang $10,000 yang boleh digunakan untuk menyertai kursus peningkatan kemahiran.



"Saya rasa usaha saya ini dihargai dan diiktiraf… Tidak ada batas bagi pendidikan. Usaha memperolehi ilmu ini membolehkan saya belajar perkara baru supaya saya tidak ketinggalan.



"Saya sentiasa percaya dengan pepatah, sentiasa sasar untuk mencapai bulan dan kita akan dikelilingi bintang," kata beliau.



Sepanjang kerjaya beliau selama 22 tahun, Encik Nazree telah menyertai pelbagai kursus seperti kursus bahasa Inggeris untuk perniagaan di peringkat pertengahan dan kursus mengendalikan kerja di tempat tinggi.



Kursus bahasa Inggeris itu, misalnya, telah membantu beliau berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan lebih baik secara lisan dan juga tulisan dan amat berguna, terutama kerana beliau perlu menghasilkan banyak laporan perkhidmatan dan laporan pemeriksaan mutu.



Tambah Encik Nazree, pelanggan juga dapat memahami saranan untuk memperbaiki situasi haiwan perosak di premis mereka yang diberikan beliau dengan lebih baik.



Pada tahun ini pula beliau telah mengikuti kursus mengendalikan hidupan liar, yang mengajar tentang kemahiran menangkap dan menguruskan haiwan dengan selamat dan berkesan.



Encik Nazree berkata program Pensijilan Profesional Pengurusan Haiwan itu amat berfaedah bagi pekerjaannya memandangkan beliau perlu menangani situasi yang melibatkan haiwan seperti ular, musang dan biawak benggala.



"Pemerintah dan masyarakat Singapura semakin memberi penekanan pada pengurusan hidupan liar. Oleh itu, adalah penting untuk membangunkan dan mempertingkat kemahiran saya dalam cara mengendalikan haiwan dan hidupan liar dengan selamat dan berkesan," kata beliau.



Semasa keadaan pandemik Covid-19 ini, beliau telah menyertai kursus yang mengajar cara membersihkan dan menyahjangkit kemudahan bukan penjagaan kesihatan dan menggunakan PPE dengan betul bagi pekerja khidmat persekitaran pada Mei tahun lalu.



"Ilmu baru ini, yang sebelumnya eksklusif bagi syarikat pembersihan, membantu syarikat saya menawarkan khidmat penyahjangkitan dan menjana pendapatan besar bagi mereka pada 2020 dan 2021.



"Kursus penyahjangkitan ini membolehkan saya dan rakan teknisyen untuk melindungi masyarakat dengan menyediakan khidmat penyahjangkitan," kata beliau.



Dengan hadiah wang yang diterimanya itu, Encik Nazree berharap dapat mengikuti pula kursus kemahiran penyampaian supaya dapat memberikan penyampaian dengan lebih baik dan kursus ucapan awam agar dapat membina keyakinan untuk bercakap di depan khalayak ramai.



"Saya mahu terus mendalami kemahiran atau meraih kemahiran dan ilmu baru. Ini akan menambahkan nilai kepada kerjaya saya," kata beliau.




Pemerintah dan masyarakat Singapura semakin memberi penekanan kepada pengurusan hidupan liar. Oleh itu, adalah penting untuk membangunkan dan mempertingkat kemahiran saya dalam cara mengendalikan haiwan dan hidupan liar dengan selamat dan berkesan...



Ilmu baru ini, yang sebelumnya eksklusif bagi syarikat pembersihan, membantu syarikat saya menawarkan khidmat penyahjangkitan dan menjana pendapatan besar bagi mereka pada 2020 dan 2021.



Kursus penyahjangkitan ini membolehkan saya dan rakan teknisyen untuk melindungi masyarakat dengan menyediakan khidmat penyahjangkitan.
- Encik Mohamad Nazree Suhaimi, 44 tahun, yang telah mengikuti program Pensijilan Profesional Pengurusan Haiwan, dan kursus pembersihan dan penyahjangkitan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >