Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Video tular: Jangan cakap tak benar tentang perjuangan kesatuan

May 16, 2023 | 05:30 AM



BERSYUKUR dan puas hati - itulah yang dirasakan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, setelah memberi respons kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Leong Mun Wai, pada 2021.



Video respons tersebut di mana Encik Samad dilihat membalas kenyataan Encik Leong tular ketika itu.



Encik Leong telah mengatakan bahawa gaji pekerja boleh diperbaiki dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) tidak melakukan yang terbaik bagi pekerja.



Antara respons yang diberikan Encik Samad kepada Encik Leong ketika itu:



"Apabila anda berkata bahawa NTUC tidak melakukan yang terbaik bagi pekerja, saya tak terima sebab saya merupakan ketua kesatuan pekerja.



"Saya ingin nyatakan dengan jelas: NTUC - kami ada di sini bagi pekerja - gaji, kebajikan dan prospek kerja akan terus menjadi matlamat utama kami."



Respons beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh Parlimen, termasuk oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Hampir dua tahun setelah kejadian tersebut, Encik Samad berkata beliau bersyukur ia dapat meningkatkan kesedaran tentang apa yang dilakukan kesatuan dan pemimpin kesatuan sehari-harian.



"Sejak itu, mereka tak berani cakap perkara yang tak benar tentang kesatuan dan ketua kesatuan apabila saya ada dalam dewan," tambah beliau, sambil ketawa.




"Apabila anda berkata bahawa NTUC tidak melakukan yang terbaik bagi pekerja, saya tak terima sebab saya merupakan ketua kesatuan pekerja.
Saya ingin nyatakan dengan jelas: NTUC - kami ada di sini bagi pekerja - gaji, kebajikan dan prospek kerja akan terus menjadi matlamat utama kami."
- Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, ketika membalas kenyataan Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Leong Mun Wai, pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >