Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Yuk santai dengan pelbagai kegiatan

Sedang fikirkan apa yang anda boleh lakukan sepanjang hujung minggu dan cuti Tahun Baru Cina? BERITA HARIAN mengetengahkan beberapa kegiatan yang boleh anda pertimbangkan untuk pelbagai lapisan umur.
Jan 29, 2022 | 09:58 AM



RAMAI yang mungkin mengambil peluang hujung minggu dan cuti Tahun Baru Cina untuk meluangkan masa bersama keluarga.



Tidak kiralah, kegiatan di rumah, berbasikal atau mengambil gambar di beberapa acara kemuncak Tahun Baru Cina di seluruh negara.



Berikut dipaparkan tujuh pilihan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan.



JEJAK ALAM DI CONEY ISLAND



Masih belum terlambat untuk memulakan azam tahun baru anda untuk menjadi lebih aktif.



Kunjungi taman seluas 81 hektar yang dianggap sebagai kawasan ekologi hijau yang berkekalan.



Papan tanda, tempat duduk dan laluan pejalan dibuat daripada kayu yang dikitar semula daripada pokok ru yang ditebang.



Coney Island juga merupakan kediaman bagi sekitar 80 spesies burung dengan beberapa di antaranya kini terancam.



Kunjungi pulau itu melalui jambatan dari Punggol Promenade dan Pasir Ris Coast Industrial Park 6.



Dengan sepanjang tiga kilometer, ia menghubungkan Pasir Ris dan Punggol, dan melintasi Pasir Ris Farmway, yang dulu dihiasi dengan ladang peliharaan dan ikan. Ia juga menghubungkan Taman Pasir Ris.



Coney Island, memberikan pejalan kaki dan penunggang basikal pemandangan Kolam Air Serangoon dan Tanah Paya Lorong Halus yang menakjubkan. - Foto NPARKS



KEGIATAN DI RUMAH BERSAMA ANAK-ANAK



Minyak masak, air dan pewarna makanan bukan sahaja untuk membakar kuih-muih perayaan.



Anda juga boleh menggunakannya untuk mencipta "bunga api" dalam gelas bersama anak-anak anda.



Bagaimana pula dengan botol plastik kitar semula, penyedut minuman dan gelang getah? Anda boleh mengubahnya menjadi roda air yang berfungsi. Ia juga boleh dijadikan hiasan rumah.



Bagi masyarakat Cina, air lambang tuah untuk Tahun Baru Cina kerana ia simbol kekayaan dan keuntungan.



Anda juga boleh membuat bunga kertas yang "mekar", petanda tumbuhan dan kehidupan.



Ia adalah tiga kegiatan yang menyeronokkan dengan sentuhan perayaan yang boleh dimuat turun oleh keluarga di laman web Yayasan James Dyson. - Foto JAMES DYSON FOUNDATION



KUNJUNGI PUSAT WARISAN MELAYU (MHC)



Ingin mempelajari lebih lanjut tentang warisan masyarakat Melayu?



Kunjungi Pusat Warisan Melayu (MHC) di Kampong Glam yang menganjurkan satu pameran khas bertajuk Cerita, hasil usaha kurasi lebih setahun.



Pameran itu akan memberi peluang terakhir kepada pengunjung melihat takhta dan kediaman bersejarah Raya Melayu di Singapura lebih 180 tahun lalu.



Pameran itu dibuka pada 28 Januari dan akan berlangsung sehingga 31 Julai. Tiada bayaran masuk dikenakan.



Pada masa yang sama, nikmati pelbagai kegiatan fizikal dan dalam talian sempena Pesta Budaya Melayu.



Pesta itu bertujuan meraikan budaya Melayu di Singapura serta kaitannya dengan Nusantara. - Foto BH oleh THADDEUS ANG



TEROKA SINGAPURA DENGAN BASIKAL



Berbasikal untuk meneroka Singapura dari Changi ke Jurong dalam sehari.



Teroka pelbagai sudut yang ditawarkan di pulau ini - daripada ikonik Gardens by the Bay ke kuari tenang di Taman Alam Semula Jadi Bukit Batok.



Di sepanjang perjalanan, berhenti untuk menikmati hidangan ringan di Satay by the Bay. Kemudian, singgah di kampung terakhir Singapura di Buangkok dan ke estet perumahan baru di Punggol, sebelum menghirup udara nyaman dan damai di Ulu Sembawang.



Perjalanan - sepanjang 90 kilometer - dengan menggunakan Rangkaian Penghubung Taman (PCN) ini pasti memberi kesegaran. Jangan lupa memakai topi keledar demi keselamatan. - Foto fail



LUANGKAN MASA DI TAMAN TERDEKAT



Makanan adalah sesuatu yang dapat menyatukan orang ramai.



Ambil peluang hujung minggu ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga berkelah di taman yang terdekat dengan anda.



Dengan Covid-19 yang masih menimbulkan keprihatinan, orang ramai harus pastikan mereka sentiasa menjaga jarak dan melaksanakan langkah pengurusan selamat ketika berada di tempat awam. - Foto BH oleh GIN TAY



PAMERAN 'DAHLIA DREAMS' DI GARDENS BY THE BAY



Gardens by the Bay siap menyambut Tahun Baru Cina dengan memaparkan 5,000 dahlia daripada lebih 100 jenis bunga. Ada bunga yang sebesar wajah manusia. Dengan saiznya yang besar dan warna menarik, dahlia sesuai dipadankan dalam musim perayaan.



Seperti daripada lukisan Cina, paparan bunga 'Dahlia Dreams' di Flower Dome, Gardens by the Bay menjanjikan landskap taman Cina yang indah dihiasi pavilion menarik, roda air berputar, dan gerbang tanglung merah yang gah sepanjang 35 meter.



Turut dipamerkan ialah bunga perayaan lain seperti daffodil, anggerik dan Golden Lotus Banana serta Senrinzaki atau gubahan bunga kekwa Thousand Blooms.



Pengunjung juga boleh menjangkakan program pelengkap seperti lawatan berpandu percuma, sesi kraf dahlia dan pemberian hong bao.



Pameran bunga 'Dahlia Dreams' berlangsung sehingga 24 Februari. - Foto GARDENS BY THE BAY



SAMBUT NGAUMAN TAHUN BARU CINA DI CHINATOWN



Perhiasan lampu dan tanglung berwarna-warni berbentuk harimau, kini menyala di Chinatown.



Hiasan cahaya itu akan menghiasi Jalan Eu Tong Sen, New Bridge Road, South Bridge Road dan Garden Bridge, dan seluruh kawasan itu pastinya sangat menakjubkan!



Ia akan berlangsung setiap hari sehingga 2 Mac ini, dari 7 malam hingga 12 tengah malam.



Tema tahun ini adalah "Usher in a Roaring New Year" atau "Menyambut Ngauman Tahun Baru' sempena Tahun Harimau mengikut kalendar 12 haiwan Cina.



Ini adalah tahun ke-20 acara penyalaan Chinatown sedemikian diadakan. - Foto BH oleh FELINE LIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >