Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1 maut susuli kebakaran libat tong gas di Tuas

Dec 31, 2022 | 02:53 PM



SEORANG warga India berusia 38 tahun meninggal dunia dalam satu kes kemalangan di tempat kerja pagi semalamn selepas kebakaran melibatkan silinder gas berlaku di sebuah bangunan di 21 Tuas Avenue 3.



Kesnya merupakan kematian ke-46 di tempat kerja pada 2022.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (31 Disember) berkata siasatan awal menunjukkan kebakaran itu, yang berlaku pada 9.25 pagi, berpunca daripada pelepasan asetilena yang tidak terkawal, iaitu gas mudah terbakar, daripada silinder di premis itu.



Kebakaran itu berjaya dikawal pada sekitar 9.50 pagi, dan seorang lagi pekerja yang cedera – warga China berusia 43 tahun – dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan sedar.



MOM berkata ia telah mengarahkan majikan, Asia Technical Gas, untuk menghentikan semua kegiatan kerja berkaitan pemeriksaan dan penyenggaraan silinder gas mudah terbakar.



Ia menambah: “Apabila berurusan dengan silinder gas yang mengandungi gas mudah terbakar, langkah mesti diambil untuk mengelakkan sebarang pengumpulan gas sedemikian serta memastikan persekitaran kerja bebas daripada sumber pencucuhan.”



Kemalangan itu berlaku tiga hari selepas kemalangan maut di tempat kerja yang terakhir. 



Encik Ely Chow, 31 tahun, terbunuh selepas beliau dilanggar dan dihempap mesin yang tumbang semasa digerakkan trak angkat-susun di 601 Rifle Range Road.



Keluarga Encik Chow telah menyeru agar lebih banyak dilakukan bagi menangani isu keselamatan di tempat kerja menyusuli jumlah kematian di tempat kerja di sini.

Jumlah 46 kematian di tempat kerja sejauh ini pada 2022 adalah yang tertinggi dirakamkan sejak 2016 apabila 66 orang mati.



Kementerian itu berkata majikan diingatkan bahawa keselamatan mesti menjadi keutamaan mereka.



Dalam kelemahan keselamatan yang besar, mereka akan dipertanggungjawab dan mungkin berdepan penalti kewangan, arahan berhenti kerja, sekatan tenaga kerja asing dan pendakwaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >