Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 mangsa ditipu $17,000 di Carousell sejak Julai

Aug 19, 2022 | 06:06 PM



SEKURANG-KURANGNYA 10 mangsa kehilangan $17,000 kepada penipuan ‘phishing’, atau pancing data, sejak Julai yang timbul semula di wadah Carousell.



Penipu mendekati pengguna di wadah itu, kononnya untuk membeli barangan yang disenarai.



Mereka meminta butiran untuk menghubungi mangsa dengan mendakwa bahawa bayaran akan dibuat menerusi syarikat logistik yang dikenali seperti FedEx dan SingPost.







Mereka kemudian menghantar pautan ‘phishing’ kepada mangsa dan mengarahkan mereka klik pautan itu serta mengisi butiran mereka untuk mendapatkan bayaran.



Namun, pautan ini membawa mangsa ke laman web palsu yang kelihatan seperti portal yang sebenar, dan pengguna diperdaya untuk memberi butiran bank mereka seperti kata laluan sekali (OTP).



Mangsa kemudian sedar mereka ditipu selepas mendapati terdapat urus niaga tanpa izin mereka pada akaun bank masing-masing.



Polis menasihatkan orang ramai untuk berjaga-jaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >