Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$10,000 dibawa pendakwah lesap dalam perjalanan laku misi kemanusiaan

Sep 21, 2023 | 05:57 PM



Beliau sedang berada dalam transit di Jeddah sambil menunggu penerbangan ke Casablanca, Maghribi bagi misi kemanusiaan apabila pendakwah bebas, Ustaz Fizar Zainal menyedari wang tunai yang dibawa sekitar $10,000 lesap begitu sahaja.

Sebaliknya, ia digantikan dengan segepuk wang tunai $1 dalam mata wang Amerika Syarikat.

Masih terkesan dengan kejadian itu ketika dihubungi Berita Harian (BH), Ustaz Fizar berkata beliau tidak kira jumlah wang yang digantikan itu kerana terkejut.

“Saya usaha sebaik mungkin untuk menyembunyikannya. Saya rasa sedih, rasa tidak berupaya. Apabila menyedari wang tunai saya hilang, saya tidak tentu arah, menggigil, takut dan trauma.

“Saya tidak boleh bayangkan jika ini terjadi kepada keluarga yang sedang bercuti, kejadian sebegini akan mengganggu seluruh rancangan mereka.”

Ustaz Fizar, yang tidak dapat menahan sebak tatkala berkongsi kemelutnya di Instagram berkata beg itu sentiasa dengannya, dan wang itu tersimpan dalam ruang jauh dalam beg.

Malah Ustaz Fizar memberitahu BH bahawa beliau mengambil pelbagai langkah pencegahan seperti menggunakan beg antipencurian, mengambil penerbangan kelas premium atau bisnes, dan berehat di ‘lounge’.

Ia hanya pada waktu tertentu sahaja di mana beliau perlu meninggalkan beg itu buat “beberapa saat” ketika mengambil air di ‘lounge’ yang lengang dan ketika dalam penerbangan di mana beg perlu diletakkan di ruang atas.

Begitupun, ia sentiasa dipantaunya.

“Saya sentiasa seluk tangan saya ke dalam beg untuk rasa ketebalan sampul duit, dan ia rasa tebal. Ia hanya apabila saya tiba di Jeddah untuk merancang apa untuk beli dan berapa banyak wang perlu diketepikan saya sedar duit saya tidak ada,” ujarnya yang aktif melakukan kerja kemanusiaan.

Sayangnya, malang tidak berbau, dan Ustaz Fizar mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh sebuah sindiket sama ada sewaktu penerbangan, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang di Jeddah.

“Pastinya ia adalah perbuatan yang dirancang kerana wang itu tersembunyi dalam beg saya, dan mereka perlu melaksanakan beberapa langkah (sebelum mendapat duit itu). Hakikat bahawa mereka boleh melakukannya dengan pantas dan menggantikannya dengan segepuk wang menunjukkan ia dirancang,” ujar beliau.

Ustaz Fizar telah berangkat dari Singapura pada Rabu menuju ke Kuala Lumpur sebelum membuat penerbangan ke Jeddah seorang diri.

Pengarah eksekutif KembaraUstaz.SG itu sepatutnya melanjutkan penerbangan ke Casablanca pada Khamis sebelum bertemu pasukannya di Marrakesh, Maghribi bagi membantu mangsa gempa di sana.

Disebabkan kejadian yang menimpa dirinya itu, beliau terpaksa mengatur semula jadual penerbangan kepada Jumaat kerana ingin membuat laporan polis.

Ustaz Fizar bagaimanapun memberi jaminan bahawa wang tersebut bukan hasil sumbangan orang ramai tetapi duitnya sendiri.

Menjelaskan mengapa beliau memilih untuk membawa wang tunai ke luar negara daripada menggunakan kaedah kad, beliau berkata:

“Apa yang saya selalu lakukan apabila ke kawasan yang dilanda bencana adalah untuk bawa wang tunai tambahan untuk tujuan kecemasan. Ini kerana sistem bayaran menggunakan kad tidak selalu berfungsi, dan anda tidak tahu keadaan di sana... Wang tunai sangat berguna.”

Manakala itu, dana yang disumbang orang ramai pula selalunya disampaikan ke rakan luar negara menerusi pemindahan wayar.

Ustaz Fizar sudahpun berhubung dengan konsulat Singapura dan membuat laporan polis di Jeddah.

Beliau tidak menaruh harapan bahawa wang beliau akan dikembalikan, dan reda dengan takdir Allah.

Ustaz Fizar turut berterima kasih ke atas kata-kata perangsang dan ucapan baik yang disampaikan kepadanya menerusi perkongsian beliau di media sosial.

“Tujuan saya (untuk berkongsi di media sosial) adalah agar orang ramai lebih berjaga-jaga. Melainkan anda ke negara membangun, jangan bawa wang tunai, guna kad sahaja,” nasihatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >