Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

106 lelaki dan wanita ditahan dalam operasi banteras maksiat

Oct 03, 2019 | 04:59 PM



DALAM operasi selama sebulan, polis telah menahan 106 wanita dan lelaki, berumur antara 19 dengan 55 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang melanggar undang-undang.



Polis berkata dalam satu kenyataan pada Khamis (3 Oktober) bahawa pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) serta tujuh bahagian darat telah menjalani operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi, termasuk kondominium, hotel dan unit kediaman, dari 27 Ogos hingga 27 September.



Operasi tersebut telah dijalankan di Sims Avenue, Kim Keat Road, Middle Road dan Moulmein Road; dan di Jurong, Hougang, Geylang, Admiralty, Tiong Bahru, Choa Chu Kang dan kawasan Eastwood.



Polis memberi amaran bahawa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar undang-undang.



Sesiapa yang dengan sengaja meminta atau menawarkan perkhidmatan seks dan menerima ganjaran setelah itu, dan dengan berbuat demikian membantu pelacuran seorang wanita atau perempuan, boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $10,000.



Pemilik flat yang dengan sengaja menyewakan rumah mereka untuk kegiatan yang menyalahi undang-udang boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga $3,000, atau kedua-duanya sekali.



Pesalah berulang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >