Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12 orang bakal didakwa langgar peraturan jarak selamat di Lazarus Island

Oct 01, 2020 | 03:29 PM



SERAMAI 12 individu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (2 Oktober) kerana melanggar undang-undang jarak selamat apabila mereka mengunjungi Lazarus Island pada Ogos.



Mereka berdepan dengan tuduhan melanggar Undang-Undang 2020 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) Covid-19.



Penguasa Tanah Singapura (SLA) menjelaskan pada Khamis (1 Oktober) bahawa kumpulan berkenaan dikatakan mengunjungi pulau itu pada 8 Ogos.



Mereka melanggar undang-undang perhimpunan yang terbatas pada lima orang sahaja dengan bergaulan bersama lebih empat orang lain yang tidak menetap di kediaman yang sama dengan mereka.



Di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19, pesalah kali pertama boleh didenda hingga $10,000, dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Jika mereka melakukan kesalahan lagi, mereka boleh didenda hingga $20,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.



Sebelum ini, terdapat individu yang didenda di bawa Akta ini.



Pada Selasa (29 September), Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) mendedahkan bahawa 32 pelanggan tempat makan akan didenda $300 seorang kerana melanggar undang-undang Covid-19.



Beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk tidak menggunakan pelitup segera selepas makan atau minum, bersembang dengan pelanggan di meja lain serta duduk dalam kumpulan melebihi lima orang.



Seramai 17 orang juga telah didenda pada 9 September lalu selepas melanggar undang-undang berhimpun seramai lima orang sahaja di pelbagai lokasi jualan makanan dan minuman (F&B).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >