Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 individu positif Covid-19 hasil ujian di 5 tapak pantauan masyarakat: MOH

Aug 03, 2021 | 10:32 PM



SERAMAI 13 individu diuji positif Covid-19 menyusuli tamatnya operasi ujian Kementerian Kesihatan (MOH) di lima tapak masyarakat.



Dalam satu kenyataan pada Selasa malam (3 Ogos), MOH berkata dalam kalangan penduduk, pengunjung dan individu yang berinteraksi dengan penduduk di Blok 438, Ang Mo Kio Avenue 10, dua daripada mereka diuji positif Covid-19.



Keseluruhannya, 430 individu diuji negatif Covid-19 sewaktu operasi ujian yang tamat pada 30 Julai.



Empat orang diuji positif Covid-19 di operasi ujian di Blok 430 dan 445A Clementi Avenue 4 yang tamat pada 31 Julai.



Lagi 482 orang pula diuji negatif.



Dalam kalangan penduduk Blok 3, Teck Whye Lane, MOH berkata empat individu diuji positif manakala 371 orang pula diuji negatif.



Lagi tiga orang diuji positif di operasi ujian bagi penduduk Blok 510 West Coast Drive manakala 397 individu pula diuji negatif.



Manakala operasi ujian buat semua 260 penduduk di Blok 357 Yung An Road di Jurong pula mendapati kesemuanya negatif Covid-19.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >