Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 kematian akibat Covid-19 bulan ini

Ye Kung: Kebanyakan jangkitan berlaku awal bulan ini, majoriti pesakit yang maut tidak divaksin
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT sebanyak 13 kematian akibat Covid-19 bulan ini, termasuk seorang wanita berusia 86 tahun baru-baru ini, yang mempunyai sejarah barah.



Kematiannya menjadikan jumlah kematian akibat virus tersebut di Singapura kepada 50 orang.



Mengulas jumlah kematian bulan ini, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, mengatakan bahawa kebanyakan mereka berkaitan dengan jangkitan Covid-19 awal bulan ini apabila terdapat lebih banyak kes setiap hari dan lebih kurang orang yang telah mendapatkan vaksin.



Wanita berusia 86 tahun itu, pertama kali dikenali pasti pada 2 Ogos, sebagai kontak rapat seorang pesakit yang merupakan kes yang disahkan.



Warga Singapura, yang mempunyai sejarah penyakit barah dan tekanan darah tinggi, dimasukkan ke Hospital Besar Changi pada 23 Julai untuk kemasalah kesihatan yang lain, dan diuji negatif untuk koronavirus pada masa itu.



Menurut Encik Ong, 11 daripada 12 orang yang meninggal akibat komplikasi Covid-19 pada bulan Ogos tidak diberi vaksin sepenuhnya, katanya dalam satu catatan di Facebook.



Sementara itu, Ahad lalu, seorang wanita berusia 91 tahun yang tidak divaksin dan seorang lelaki 87 tahun yang telah menerima satu dos vaksin telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.



Kedua-dua mereka mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti penyakit barah, tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.



Mereka yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 bulan ini sebahagian besarnya adalah warga emas yang mempunyai beberapa keadaan kesihatan sebelum ini, kata Encik Ong.



"Ia amat penting untuk mendapatkan vaksin.



"Saya telah bertemu dengan ramai penduduk yang bimbang mendapat vaksin kerana mereka mempunyai beberapa penyakit yang lain, atau mereka mudah jatuh sakit.



"Dalam keadaan seperti itu, mereka akan amat memerlukan vaksin itu kerana mereka risiko mereka jatuh sakit lebih tinggi jika dijangkiti Covid-19 jauh lebih tinggi."



Untuk lebih memahami keadaan di Singapura dengan, Encik Ong mengatakan MOH meneliti dan merakam kejadian kematian dan kemasukan ICU, selaras dengan tarikh ketika pesakit dikesan telah dijangkiti.



Ini bermakna bahawa jika kes dikesan pada 1 Ogos, kemudian bertambah buruk dan dimasukkan ke ICU atau meninggal pada 10 Ogos, ia dicatat sebagai kematian pada 1 Ogos dan bukannya 10 Ogos.



Ini membantu memberi gambaran bagaimana jangkitan berlaku pada awal bulan, ketika jumlah keseluruhan vaksinasi di Singapura tidak setinggi sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >