Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

13% staf institusi penjagaan kesihatan diambil dari sumber luar

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 13 peratus kakitangan institusi penjagaan kesihatan awam terdiri daripada tenaga kerja sumber luar.



Daripada lebih 10,000 pekerja itu, 70 peratus terlibat dalam peranan yang memerlukan mereka untuk bekerja di barisan hadapan atau menjaga pesakit.



Sementara itu, kurang daripada 5 peratus terlibat dalam menguruskan sampel pesakit.



Antara peranan kakitangan sumber luar di institusi penjagaan kesihatan termasuk dalam bidang pengemasan, keselamatan, kawalan serangga dan menguruskan makanan dan minuman serta kerja dapur.



Memberikan responsnya terhadap pertanyaan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) di parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, menambah bahawa secara umum kontraktor pihak ketiga dilantik institusi-institusi tersebut di bawah kontrak untuk menyediakan khidmat yang diperlukan.



"Kontraktor ini dilantik dan dibayar untuk memikul tanggungjawab mengambil pekerja yang diperlukan untuk memenuhi keperluan projek dan khidmat ini.



"Untuk itu, bayaran gaji dan manfaat kakitangan akan ditentukan dan dibayar mereka," katanya.



Namun, untuk memastikan kesejahteraan tenaga kerja sumber luar itu tetap dijaga terutama sekali dalam keadaan pandemik Covid-19, institusi penjagaan kesihatan awam telah menawarkan pelbagai inisiatif kepada kakitangan sumber luar itu, tambah Dr Koh.



"Kakitangan sumber luar yang bekerja dalam kawasan berisiko tinggi dilatih dengan langkah mengawal jangkitan dan diberikan PPE (peralatan perlindungan peribadi) penuh semasa melakukan tugas mereka.



"Mereka juga diberi vaksin Covid-19 di samping pekerja penjagaan kesihatan yang lain," katanya.



Beliau menambah sumbangan tenaga kerja sumber luar dihargai dalam usaha Singapura menangani jangkitan Covid-19 dan ramai anggota masyarakat telah memberikan sumbangan derma serta care packs kepada kakitangan sumber luar.



"Kami menggalakkan institusi penjagaan kesihatan awam terus mencari cara untuk menyampaikan penghargaan terhadap sumbangan serta kerja keras tenaga kerja sumber luar," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >