Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13,166 kes baru Covid-19, turun daripada 15,851 kes pada Selasa lalu

Mar 22, 2022 | 10:24 PM



KES baru Covid-19 harian di Singapura naik pada Selasa (22 Mac), dengan 13,166 kes jangkitan baru, naik daripada 7,538 kes semalam.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan 1,023 kes yang dirawat di hospital setakat tengah hari ini, turun daripada 1,062 kes yang dirawat di hospital pada Isnin.



Jumlah kes baru itu turun berbanding Selasa lepas (15 Mac), apabila MOH melaporkan 15,851 kes baru Covid-19.



Bilangan kes pada Selasa cenderung lebih tinggi berbanding sepanjang minggu kerana ia mencerminkan peningkatan jangkitan selepas hujung minggu apabila lebih ramai orang berada di luar dalam pelbagai persekitaran sosial.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu untuk hari ke-21 berturut-turut pada 0.74, meningkat daripada 0.72 hari sebelumnya.



Kadar tersebut merujuk kepada nisbah kes komuniti untuk minggu lalu sepanjang minggu sebelumnya. Kadar lebih daripada satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 mingguan baru semakin meningkat.



Terdapat enam kematian dilaporkan hari ini berbanding 10 kematian pada hari sebelumnya.



Terdapat 24 pesakit di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 141 kes memerlukan sokongan oksigen.



Dalam kalangan kes tempatan, 11,323 kes dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART), yang bererti mereka dinilai oleh doktor sebagai mempunyai tanda jangkitan ringan dan berisiko rendah.



Lagi 1,602 kes dikesan menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).



Terdapat 241 kes import, di mana 27 kes dikesan menerusi PCR manakala 214 kes dikenal pasti melalui ART.



Sehingga Selasa, Singapura melaporkan sejumlah 1,035,721 kes Covid-19 dan 1,214 kematian.



Sekitar 95 peratus penduduk yang layak di Singapura sudah lengkap divaksin manakala 70 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >