Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

133 penagih diberkas dalam operasi seluruh negara oleh CNB selama 4 hari

Sep 27, 2019 | 04:55 PM



133 pesalah yang disyaki telah menyalahgunakan dadah diberkas dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di seluruh negara, yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dari pagi Isnin (23 September) hingga pagi Jumaat (27 September), menurut kenyataan CNB pada Jumaat.



Dalam operasi itu, pelbagai jenis dadah, dengan anggaran harga $187,000, telah dirampas pihak berkuasa, termasuk 41g bahan psikoaktif baru, 64g ganja, 547g dadah 'Ice', 1,745g heroin, 122 pil 'Ecstasy', 601 pil Erimin-5 dan 12 botol cecair yang disyaki untuk mengandungi GHB (Gamma-Hydroxybutyrate).



Operasi itu disokong oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), dan dijalankan di beberapa kawasan termasuk Buangkok, Hougang, Jurong, Marine Parade, Pasir Ris, Telok Kurau, West Coast dan Woodlands.



Dalam satu kes pada petang Isnin, pegawai CNB menahan seorang lelaki warga Singapura, 54 tahun, yang disyaki seorang pengedar dadah di sekitar Marine Parade Central.



Dalam beg kertas coklat yang dibawanya, pegawai CNB mendapati sekitar 5g dadah ‘Ice’ dan 49g heroin. Pegawai juga mendapati lagi 27g heroin pada suspek.



Pegawai CNB kemudian memeriksa rumah suspek yang terletak di Hougang Avenue 1, di mana mereka menemui 325g 'Ice' dan 1,612g heroin, dengan nilai anggaran sebanyak $151,000.



Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap suspek yang ditangkap.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >