Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$135j simpanan CPF tidak dituntut akhir 2021

■ IPTO agih sekitar 89 peratus jumlah sepanjang 5 tahun lepas ■ CPF: Lebih ramai warga buat pencalonan tahun lalu
CPF
Jan 09, 2023 | 05:30 AM



PEJABAT Muflis & Pemegang Amanah Awam (IPTO), yang mengendalikan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal dunia tanpa mencalonkan benefisiari, telah mengagihkan sekitar 89 peratus daripada wang tersebut yang diperolehnya dalam tempoh lima tahun lepas.



Pada akhir tahun 2021, jumlah simpanan sedemikian yang tidak dituntut merangkumi $135 juta.



Ini daripada $212 juta wang tidak dituntut yang dipegang oleh PTO tahun lalu.



Jumlah tersebut merupakan sebahagian besar bagi mereka yang telah meninggal dunia dan tidak mencalonkan sesiapa untuk menerima dana CPF mereka.



Namun, CPF berkongsi bahawa jumlah tersebut tidak membimbangkan dengan lebih ramai rakyat Singapura membuat pencalonan CPF tahun lalu.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, CPF berkata lebih daripada dua dalam lima rakyat Singapura kini sudah membuat pencalonan CPF.



Menurut CPF, peningkatan ini boleh dikaikan dengan Perkhidmatan Pencalonan Dalam Talian (ONS) yang dilancarkan pada 2020.



"Dengan ONS, ahli CPF boleh membuat pencalonan mereka sepenuhnya dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dengan lebih mudah dan dengan secara privet.



"Pencalonan dalam talian meningkat sebanyak 30 peratus tahun lalu berbanding 2020 dan menyumbang kepada lebih separuh daripada jumlah pencalonan yang diterima Lembaga CPF pada 2021," kata jurucakap CPF.



Memerhatikan trend baru ini, CPF berkata lebih ramai warga singapura kini lebih sedar tentang faedah membuat pencalonan dan cenderung untuk merancang lebih awal.



Baki $77 juta pula adalah disebabkan oleh wang lain yang tidak dituntut.



Ini termasuk wang tidak dituntut yang perlu dibayar kepada penggadai, pemiutang dan penerima bayaran balik daripada estet insolvensi (termasuk insolvensi individu dan korporat), serta benefisiari harta pusaka individu yang telah meninggal dunia.



Wang itu dikatakan tidak dituntut kerana pemilik tidak dapat dihubungi selepas percubaan berulang oleh agensi untuk berbuat demikian, kata Kementerian Undang-undang (MinLaw).



Semua tuntutan yang sah akan dibayar balik, tidak kira berapa lama wang itu telah disimpan, tambahnya.



Menurut CPF, sekiranya individu yang meninggal itu tidak melakukan nominasi bagi simpanan CPF mereka, ia akan diberikan kepada PTO.



"Lembaga CPF akan membayar simpanan CPF ahli kepada PTO, untuk diagihkan secara tunai kepada ahli keluarga ahli mengikut undang-undang tidak berwasiat atau sijil warisan (untuk mereka beragama Islam) di Singapura.



"PTO kemudian akan mengenakan bayaran untuk pengagihan simpanan CPF yang tidak dinamakan dan ahli keluarga boleh menghubungi PTO pada bila-bila masa," kata jurucakap CPF.



Memahami bahawa pengagihan tidak berwasiat atau Pusaka (untuk orang Islam) adalah satu set peraturan pengagihan tetap, jurucakap CPF berkata melakukan nominasi adalah sesuatu yang dapat membantu seorang individu nyatakan dengan jelas benefisiari pilihan mereka, serta bahagian mereka.



"Dengan mempunyai nominasi, ia akan membolehkan penama ahli menerima simpanan CPFnya dengan lebih cepat dan mudah.



"Dengan nominasi itu, Lembaga CPF akan mengambil masa sehingga lima minggu untuk mengagihkan simpanan CPF ahli kepada orang tersayangnya.



"Namun, tanpa nominasi CPF, ia boleh mengambil sehingga enam bulan untuk PTO mengenal pasti ahli keluarga manakah yang layak menuntut simpanan CPFnya," jelas jurucakap CPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >