Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.4 juta warga Singapura terima Bonus Bicentennial November ini

Oct 24, 2019 | 03:42 PM



 





SEJUMLAH 1.4 juta rakyat Singapura akan menerima faedah Bonus Bicentennial, November ini.



Ia adalah Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) - Tunai (Bayaran Bicentennial), Tokokan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Bonus Bicentennial Daya Kerja bagi pekerja berpendapatan rendah.



Demikian menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam. (24 Oct)



Semasa Belanjawan 2019, pemerintah telah mengumumkan Bonus Bicentennial $1.1 bilion bagi memperingati Bicentennial Singapura selain menyokong individu yang memerlukan lebih banyak bantuan.



Kiriman SMS bagi GSTV - Tunai (Bayaran Bicentennial) dan Bonus Bicentennial Daya Kerja akan dikirimkan menjelang akhir bulan ini.



Surat bagi Bonus Bicentennial Daya Kerja dan Tokokan CPF akan dikeluarkan bulan depan.



Rakyat Singapura yang layak akan menerima Bonus Bicentennial Daya Kerja bulan ini dan Tokokan CPF dan GSTV pada bulan depan.



Mereka yang berusia 21 tahun ke atas, yang meraih pendapatan sehingga $28,000 pada 2017, layak bagi GSTV.



Sekiraya nilai tahunan rumah mereka di akhir 2018 adalah $13,000 atau kurang, mereka akan menerima $300.



Sekiranya nilai tahunan rumah mereka melebihi $13,000 tetapi tidak lebih daripada $21,000, mereka akan menerima $150.



Pekerja di bawah skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) akan menerima tambahan 10 peratus kepada bayaran Daya Kerja keseluruhan mereka bagi kerja yang telah dilakukan tahun lalu, dengan bayaran minimum $100 untuk membantu dengan perbelanjaan harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >