Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 kes baru Covid-19, tiada kes import

Jun 15, 2021 | 11:48 PM




KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengumumkan terdapat 14 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 hari ini (15 Jun), empat daripadanya tiada kaitan.



Antara kes yang tidak ada kaitan yang dilaporkan termasuk seorang pembantu rumah warga Filipina berusia 41 tahun.



Beliau mengalami sakit tekak, batuk dan anosmia pada 14 Jun dan dibawa majikannya ke Pusat Pemeriksaan Daerah (RSC), di mana beliau diuji bagi Covid-19 pada hari yang sama.



Hasil ujian pantas antigen (ART) nya adalah negatif bagi koronavirus itu namun hasil ujian reaksi rantai polimerase (PCR) didapati positif, kata MOH dalam kenyataannya.



Beliau sudah menerima dos pertama vaksinasi Covid-19 pada 21 Mei lalu.



MOH menasihatkan agar individu yang rasa kurang sihat berjumpa dengan doktor. Mereka tidak seharusnya pergi terus ke RSC bagi ujian Covid-19 melainkan mereka diundang sebagai sebahagian daripada operasi pengujian pengawasan masyarakat.



Kes-kes lain yang tidak berkaitan termasuk seorang suri rumah berusia 36 tahun, seorang wanita berusia 30 tahun yang bekerja sebagai wakil jualan di Imperva Singapore Pte Ltd dan seorang lelaki berusia 35 tahun yang menganggur.



Kesemua mereka merupakan warga Singapura.



Sementara itu, MOH berkata tiada kes jangkitan di dormitori mahupun kes import dilaporkan hari ini.



Kementerian tersebut turut berkata ia sedang menyiasat kes jangkitan melibatkan individu yang bekerja atau mengunjungi Pasar dan Pusat Makan 115 Bukit Merah View, yang kini mempunyai seramai 25 kes yang dikaitkan dengan kelompok itu.



Penutupan pasar dan pusat makan itu telah dipanjangkan kepada 26 Jun 2021, daripada 15 Jun yang diumumkan sebelum ini.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >