Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 mati di S’pura akibat Covid-19, kadar kenaikan jangkitan mingguan susut

Nov 14, 2021 | 12:06 AM



14 orang lagi yang berusia di antara 61 tahun dengan 94 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (13 Nov).



Namun kadar pertumbuhan jangkitan mingguan susut sedikit kepada 0.98, berbanding 1.04 pada Jumaat (12 Nov). 



Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat selama seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar yang melebihi satu mencerminkan jumlah jangkitan baru mingguan masih meningkat. 



Menurut MOH, kesemua yang mati kecuali satu kes yang belum divaksin sepenuhnya, mengalami masalah kesihatan. 



Sebanyak 2,304 kes jangkitan baru dilaporkan sehingga Sabtu, lebih rendah berbanding 3,099 pada hari sebelumnya, tambah MOH.



Dengan perangkaan kematian terkini, secara keseluruhan, jumlah kematian kerana Covid-19 di Singapura telah mencapai sebanyak 576 orang. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >