Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

147 majikan ikrar sokong golongan pekerja kurang upaya: Presiden Halimah

Jun 30, 2021 | 05:30 AM



MICRON Semiconductor Asia merupakan syarikat teknologi pertama yang menandatangani ikrar di bawah Cabaran Presiden 2020 (PC2020) bagi menawarkan peluang pekerjaan dan memberi sokongan lebih baik kepada individu kurang upaya di tempat kerja.



Sejak dilancarkan pada 11 Mac tahun lalu, Ikrar Pekerjaan Pemberdayaan PC itu kini mempunyai sokongan 147 majikan daripada sektor awam, privet dan masyarakat yang telah memberi ikrar mereka.



Presiden Halimah Yacob memberi perkembangan tentang inisiatif tersebut dalam kunjungannya ke Micron Semiconductor Asia di Woodlands semalam.



Dalam kunjungan itu, Presiden Halimah telah berinteraksi dengan beberapa kakitangan kurang upaya Micron yang telah meraih manfaat daripada dasar inklusif syarikat itu.



Antara lain, syarikat itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada kakitangannya untuk mendakap pelbagai keupayaan dan memupuk sekitaran yang inklusif dan adil di tempat kerja.



Menerusi jawatankuasa itu, syarikat tersebut juga membentuk sekitaran fizikal, peranan pekerjaan dan pembangunan profesionalnya untuk memenuhi keperluan pelbagai kumpulan.



Lebih banyak peluang pekerjaan diperlukan bagi OKU berkelayakan tinggi: Presiden Halimah



PRESIDEN Halimah berkata usaha yang dilakukan syarikat seperti Micron penting sedang lebih banyak peluang pekerjaan diperlukan bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkelayakan lebih tinggi.



Walaupun peluang pekerjaan semakin meningkat bagi golongan ini, peluang bagi OKU yang berkelayakan lebih tinggi dalam bidang teknikal, contohnya, masih terbatas, kata Presiden.



"Di bawah Cabaran Presiden, kami sentiasa mencari peluang untuk meluaskan pekerjaan yang tersedia bagi orang kurang upaya, yang kadangkala terbatas kepada pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.



"Kami perlu terus meluaskan peluang bagi individu (kurang upaya) yang berkelayakan tinggi, seperti dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Micron menunjukkan bahawa ini boleh dilakukan," ujar Presiden Halimah.



Micron bukan sahaja menandatangani Ikrar Pekerjaan Pemberdayaan PC itu, malah meletakkan dasar dan sistem untuk menyediakan pekerjaan bagi individu yang kurang upaya, kata Presiden Halimah lagi.



Syarikat tersebut menghasilkan bahan memori dan semikonduktor, dan menyokong aplikasi pelbagai bidang merangkumi pengkomputeran, rangkaian, mudah alih, pengguna, automotif dan industri.



Dalam lawatannya semalam, Presiden Halimah juga meninjau huraian automasi Micron, seperti Robot Mudah Alih Automasi yang boleh melakukan tugas seperti meletakkan barangan di rak-rak, dan HoloLens Realiti Campuran yang membolehkan pakar untuk membantu teknisyen untuk mengatasi masalah di kilang dari jauh.



Beliau juga menyaksikan demonstrasi Pusat Operasi Jauh, yang membolehkan individu bekerja dari jauh di meja, dan mengurangkan keperluan berjalan bagi orang kurang upaya seperti mereka yang mempunyai palsi serebrum.



Huraian ini membuka peluang dan peranan baru bagi individu kurang upaya, dan membantu mereka untuk berdikari dalam jawatan masing-masing.



Ini juga sejajar dengan tumpuan Cabaran Presiden 2021 untuk memastikan semua golongan dalam masyarakat, termasuk individu kurang upaya, boleh meraih manfaat daripada peluang yang timbul daripada teknologi digital.



Beberapa pertubuhan dan agensi khidmat sosial yang meraih manfaat daripada Cabaran Presiden tahun ini telah berikrar untuk memupuk pendekatan inklusif secara digital dengan menyediakan akses digital kepada benefisiari mereka.



Cabaran Presiden tahun ini juga bertujuan membangun dan memperkukuh daya tahan digital dengan memenuhi keperluan digital pelbagai golongan dalam masyarakat.



Awal tahun ini, Presiden Halimah telah melancarkan gerakan nasional baru, Digital for Life atau Digital Sepanjang Hayat dalam usaha mendorong warga Singapura mendakap gaya hidup digital.



Sebagai sebahagian gerakan itu, sebuah dana baru juga telah ditubuhkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Dana Digital Sepanjang Hayat itu bertujuan menyokong projek dan kegiatan berkaitan digital yang dimulakan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >