Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

150 dikesan labur rumah privet walau tinggal di flat kurang 5 tahun

May 22, 2023 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengesan sekitar 150 pemilik flat antara 2018 dengan 2022 kerana melabur dalam rumah privet walaupun mereka tinggal di flat mereka sendiri kurang lima tahun.



Ramai dalam kalangan mereka tidak tahu atau diberi nasihat salah oleh ejen hartanah bahawa tiada sekatan untuk pembelian di bawah skim amanah, kerana mereka kononnya tidak membeli hartanah itu untuk diri mereka sendiri, lapor The Straits Times.



Pemilik flat HDB dilarang melabur dalam rumah kediaman privet semasa tempoh penginapan minimum (MOP), iaitu lima tahun bagi kebanyakan flat sekarang.



Kebanyakan orang mengetahui perkara itu, tetapi ramai yang melanggar peraturan tersebut tersalah anggap bahawa mereka boleh memintas tempoh yang ditetapkan dengan menggunakan skim amanah untuk meletak hartanah baru itu di bawah nama anak mereka.



Mereka yang berbuat demikian mungkin mempunyai wang tunai yang mencukupi kerana pinjaman bank biasanya tidak tersedia bagi hartanah amanah.



Sebelum 9 Mei 2022, pembelian hartanah di bawah amanah popular dalam kalangan pembeli yang mempunyai banyak wang tunai kerana tiada cukai setem pembeli tambahan (ABSD) dikenakan, kerana hartanah itu disenaraikan dalam nama benefisiari bukan pemilik hartanah.



Tetapi selepas itu, pembeli hartanah amanah perlu membayar pendahuluan ABSD sebanyak 35 peratus, dan ini meningkat kepada 65 peratus sejak 27 April 2023.



Sedang pembeli boleh memohon bayaran balik levi jika syarat ketat yang mengawal amanah dipenuhi, ABSD bertujuan menghalang spekulator kerana mereka masih perlu membiayai cukai tinggi terlebih dahulu.



Jurucakap HDB berkata pemilik flat tidak dibenarkan membeli mana-mana hartanah kediaman privet semasa MOP dan larangan ini meliputi pembelian hartanah kediaman privet bagi orang lain secara amanah.



Mereka juga tidak dibenarkan menjadi pemilik benefisial (berhak ke atas manfaat tetapi bukan pemilik hartanah) mana-mana hartanah amanah.



Sekatan MOP dikenakan ke atas flat yang dibeli daripada HDB dan pasaran jualan semula.



"HDB memandang serius pelanggaran peraturan MOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik yang salah," tambah jurucakap itu.



Bergantung pada tahap keterukan pelanggaran, HDB boleh mengeluarkan amaran bertulis, mengenakan penalti kewangan hingga $50,000, atau merampas flat itu. HDB tidak memberi butiran penalti ke atas 150 pesalah MOP itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >