Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.5j warga S'pura bakal terima baucar GST bulan depan

Jul 12, 2022 | 03:57 PM



SERAMAI 1.5 juta warga Singapura akan menerima wang tunai sehingga $700 bulan depan, sebagai sebahagian daripada pakej bernilai $1.5 bilion bagi membantu warga Singapura mengharungi tekanan inflasi yang kian meningkat.



Pakej dalam bentuk Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) – Tunai biasa dan Bayaran Khas GSTV – Tunai itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong bulan lalu.



Bayaran GSTV – Tunai biasa juga telah dipertingkat, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan lalu.



Berbanding dengan tahun lalu, bayaran GSTV – Tunai biasa itu adalah $100 lebih tinggi.



Had kelayakan pendapatan yang dinilai juga telah diluaskan, agar dapat dimanfaatkan lebih ramai warga Singapura.



Mulai bulan depan dan sebagai sebahagian daripada skim GSTV, sekitar 575,000 warga dewasa Singapura yang layak berusia 65 tahun ke atas mulai tahun ini, akan menerima sehingga $450 yang dimasukkan ke Akaun Medisave CPF mereka.



Menyatakan demikian dalam kenyataan medianya pada Selasa (12 Julai), Kementerian Kewangan (MOF) berkata selain daripada bayaran GSTV, warga Singapura yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1969 (berusia 53 tahun ke atas tahun ini) dan belum menerima manfaat Generasi Perintis atau Generasi Merdeka akan menerima $100 yang akan dimasukkan ke Akaun Medisave CPF pada akhir bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >