Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

18 orang diberkas bawa masuk pekerja secara haram

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 18 orang ditangkap kerana disyaki mengimport tenaga kerja haram, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Dalam satu kenyataan, MOM berkata ia menjalankan operasi penguatkuasaan selama 12 jam Selasa lalu, sebagai sebahagian siasatan melibatkan sindiket yang disyaki membawa warga asing ke Singapura dengan pas kerja yang diperoleh melalui pengisytiharan palsu.



Operasi itu dijalankan di 22 lokasi di serata negara. MOM berkata ia memulakan siasatannya Julai lalu setelah mendapat maklumat mengenai percubaan warga asing mendapatkan pas kerja secara haram.



Melalui analisis terperinci selama beberapa bulan, MOM menemui sebuah sindiket yang disyaki menubuhkan beberapa perusahaan tidak aktif untuk memohon pas kerja, walaupun mereka tidak mempunyai operasi perniagaan sah.



Sindiket seperti itu biasanya merekrut warga dan penduduk tetap Singapura untuk menerima sumbangan CPF sebagai "pekerja tempatan palsu" untuk menaikkan kuota syarikat bagi menggajikan warga asing secara haram, kata MOM.



Berdasarkan kuota lebih tinggi itu, syarikat tersebut akan memohon pas kerja bagi warga asing melalui pengisytiharan palsu dan mengumpulkan bayaran haram daripada mereka.



Warga asing itu kemudian masuk dan tinggal di Singapura melalui pas kerja yang diperoleh secara haram.



"Amalan ini merosakkan integriti rangka kerja kami," kata MOM itu. Siasatan masih dijalankan.



Di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Kerja Asing (EFMA), individu yang disabitkan kesalahan memperoleh pas kerja bagi perniagaan tidak wujud, tidak beroperasi, atau tidak memerlukan pekerjaan warga asing boleh dikenakan denda hingga $6,000, penjara hingga dua tahun, atau kedua-dua hukuman.



Jika disabitkan dengan enam atau lebih tuduhan, hukuman rotan juga dikenakan.



Majikan menggaji warga asing secara haram boleh dikenakan denda hingga $30,000, penjara hingga 12 bulan, atau kedua-dua hukuman bagi setiap tuduhan. Jika disabitkan kesalahan, mereka akan dilarang mengambil pekerja asing.



Warga asing mengambil pekerjaan tanpa pas kerja sah boleh dikenakan denda hingga $20,000, penjara hingga dua tahun, atau kedua-dua hukuman. Jika disabitkan kesalahan, mereka akan dilarang bekerja selama-lamanya di Singapura.



Orang ramai yang mengetahui mengenai kegiatan pekerjaan mencurigakan misalnya syarikat menggaji warga asing tanpa pas kerja sah, orang menerima caruman CPF daripada syarikat tidak dikenali, atau mengetahui orang atau majikan melanggar EFMA harus melaporkannya itu kepada MOM di 6438-5122 atau mom_fmmd@mom.gov.sg



Semua maklumat akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >