Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

180 wakil masjid, badan lakar program tingkat kesihatan

Jul 25, 2019 | 05:30 AM



SERAMAI 180 wakil masjid, pertubuhan dan sektor penjagaan kesihatan berganding bahu melakar program mempertingkat tahap kesihatan masyarakat Melayu/Islam.



Seminar Pelan Kerja Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU), yang Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) adakan di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam, bertujuan menggabung buah fikiran warga dengan matlamat mendekati 25,000 orang menjelang hujung tahun ini.



Ini tambahan 3,000 individu berbanding lebih 22,000 yang menyertai JKJU tahun lalu.



Menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal dalam Negeri dan Kesihatan) Amrin Amin, jumlah sasaran itu belum mencukupi.



Ini disebabkan jumlah anggota masyarakat Melayu lebih ramai dan terdapat keperluan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga tentang mesej kesihatan.



Namun, Seminar Pelan Kerja JKJU boleh menjadi titik permulaan bagi merancakkan program kesihatan, kata Encik Amrin.



"Seminar Pelan Kerja ini menjadi pemangkin institusi Melayu/Islam tahu tentang keadaan kesihatan masyarakat dan sama-sama bekerja dengan badan pemerintah.



"Ini supaya kita boleh memastikan masyarakat kita memilih gaya hidup sihat dan dapat melakukan perubahan bermakna buat keluarga," ujarnya.



Beliau turut menekankan enam bidang utama bagi masyarakat Melayu, iaitu makan dan minum pilihan yang sihat; menggalakkan senaman; buang tabiat merokok; tingkat kesedaran mengenai skim kewangan kesihatan; memupuk rangkaian sokongan kuat bagi warga emas; dan menggalak warga menjalani pemeriksaan kesihatan.



Jelas, menurutnya, seminar itu bukan sekadar sesi "cakap-cakap sahaja".



"Yang penting adalah pemimpin masyarakat tahu tentang status kesihatan masyarakat dan bekerjasama menangani masalah ini agar boleh membawa perubahan baik," ujarnya.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut hadir.



Beliau menyampaikan anugerah kepada tiga masjid - Ahmad Ibrahim, Al-Ansar dan Maarof - yang diiktiraf sebagai masjid JKJU paling aktif tahun lalu.



Mereka antara 23 masjid yang kini di bawah JKJU.



Pengerusi Masjid Maarof, Encik Rashid Ramli, mengalu-alukan langkah itu yang disifatkannya sebagai sesuatu yang berfaedah.



"Sangat bermanfaat buat kita berkongsi amalan terbaik dan luahkan cabaran untuk diatasi bersama," katanya.



Beliau menukil contoh bagaimana program kesihatan Masjid Maarof selalunya lebih banyak dihadiri golongan ibu berbanding bapa.



Dalam pada itu, beliau berharap perkongsian sebegitu boleh melahirkan idea menarik perhatian golongan bapa.



JKJU diperkenal pada Ogos 2017 sebagai rancangan menggalak penjagaan kesihatan lebih baik dalam kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam menerusi usaha masjid.



Menurut HPB, Seminar Pelan Kerja JKJU akan terus diadakan secara tahunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >