Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 anggota Polis Trafik cedera selepas direnjat suspek dadah

Oct 30, 2023 | 06:31 PM



Seorang lelaki didakwa mencederakan dua pegawai Polis Trafik dengan alat renjat atau ‘taser’ ketika dia cuba lari daripada ditahan pada Ahad.

Akibatnya, salah seorang pegawai polis itu dihantar ke hospital.

Muhammed Firdaus Amir Musa, 38 tahun, ditahan kerana menyerang pegawai tersebut sekitar 2.50 pagi, lapor The Straits Times.


Dia dihadapkan ke mahkamah pada Isnin dan menghadapi 13 pertuduhan.

Enam daripada pertuduhan itu kerana sengaja menyebabkan kecederaan untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, lima lagi kerana memiliki senjata, satu kerana memiliki alat renjat dan satu lagi kerana memiliki dadah untuk tujuan pengedaran.

Menurut dokumen mahkamah, Muhammed Firdaus didakwa merenjat belakang seorang pegawai sebanyak empat kali dalam tempoh 10 minit dan merenjat jari dan tulang kaki seorang lagi pegawai.

Staf Sarjan Khairulanwar Abd Kahar, 32 tahun, yang cedera di bahagian belakang dan mengalami kebas pada bahagian bawah kakinya, dibawa ke hospital.

Beliau kemudian dibenarkan pulang dan diberi cuti sakit empat hari.

Seorang lagi pegawai polis, Sarjan Muhammad Afiq Yahya, 29 tahun, mengalami sakit di tangan kiri dan kakinya.

Bagaimanapun, kedua-dua pegawai itu tidak mengalami kecederaan kekal.

Mereka sedang meronda dalam kereta di Victoria Street apabila mereka ternampak sebuah kereta dipandu laju, kata polis dalam sidang media pada Isnin.

Para pegawai itu kemudian memberi isyarat kepada pemandu lelaki itu supaya berhenti.

Pemandu itu berhenti berhampiran simpang North Bridge Road dan Jalan Sultan.

Namun, tiba-tiba dia meluru keluar dan lari sambil mencengkam barangannya, termasuk satu objek hitam yang kelihatan seperti pemegang senjata.

Para pegawai itu mengejar dan menahannya di lorong belakang berhampiran Jalan Klapa.

Semasa bergelut, sebilah pedang samurai jatuh ke lantai. Lelaki itu kemudian merenjat kedua-dua pegawai itu dengan alat renjat.

Seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang tidak bertugas dan berada di situ, Prebet Mohammed Akbar Madarsa Mohamed Sultan, 22 tahun, melihat kekecohan itu dan bergegas untuk membantu pegawai tersebut.

Walaupun cedera, para pegawai itu berjaya menahan lelaki itu.

Polis merampas beberapa senjata dan peralatan dadah.

Dadah terkawal, termasuk 236 gram (g) Ice, 11g heroin dan Ecstasy serta dadah lain ditemui pada suspek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >