Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki cedera akibat kemalangan di pusat pemeriksaan Woodlands

Jul 01, 2018 | 12:23 PM



DUA lelaki cedera akibat satu kemalangan yang melibatkan empat kereta di pusat pemeriksaan Woodlands awal pagi tadi (1 Julai).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 3.30 pagi.



Dua lelaki berusia 32 dan 51 tahun, kedua-duanya pemandu, dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar, tambahnya.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang menerima panggilan meminta bantuan sekitar 3.30 pagi juga berkata kedua-dua lelaki itu mengalami kecederaan kecil.



Menurut akhbar The Straits Times, nahas jalan raya itu melibatkan tiga kereta Singapura dan sebuah kereta Malaysia.



Siasatan polis sedang dijalankan.



Ekoran kemalangan itu, jejambat pelepasan di pusat pemeriksaan Woodlands ditutup selama satu setengah jam pagi tadi.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang mengumumkan tentang penutupan laluan itu menerusi laman Facebook mereka sekitar 4 pagi kemudian mengumumkan bahawa ia dibuka semula pada 5.30 pagi.



Kemalangan tersebut berlaku sehari selepas satu lagi nahas jalan raya dekat pusat pemeriksaan Woodlands yang meragut nyawa dua orang dan menyebabkan tiga lagi orang cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >