Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki ditangkap kerana menyerang wanita menggunakan pisau lipat di Jurong West

Nov 21, 2018 | 04:00 PM



Dua lelaki yang disyaki menggunakan pisau lipat untuk menyerang seorang wanita di Jurong West ditangkap pada Isnin (19 Nov) selepas cuba mengelak ditangkap selama empat jam.



Polis diberitahu tentang kes melibatkan serangan di perhentian bas berhampiran Blok 501 Jurong West Street 51 sekitara 2.45 petang pada hari itu, kata polis dalam satu kenyataan pada malam Selasa.



Mereka menemui wanita yang mengalami kecederaan di wajah dan lengannya, yang memberitahu polis bahawa beliau telah diserang dua lelaki yang menggunakan pisau lipat.



Wanita itu dibawa ke hospital.



Kededua lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian.



Pegawai dari Divisyen Polis Jurong mengenal pasti kededua lelaki selepas mengadakan siasatan dan menggunakan imej dari kamera polis.



Kededua lelaki itu, yang masing-masing berusia 30 tahun,  ditangkap sekitar 9 malam pada hari yang sama, dengan bantuan pegawai dari Koman Operasi Khas (SOC).



Menurut akhbar bahasa Mandarin Shin Min Daily News, pegawai polis dilihat di Jurong West Street 42 sekitar 4 petang.



Pasangan lelaki itu enggan membuka pintu flat mereka. Namun polis akhirnya berjaya memasuki flat itu selepas seorang tukang kunci berjaya membuka pintu.



Sebilah pisah dirampas, berhubung kes itu.



Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, kededua lelaki itu boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun, didenda, dirotan atau sebarang gabungan hukuman itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >