Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 lelaki Georgia dijel curi lebih $100,000 dari pengurup wang

Sep 27, 2023 | 07:10 PM



Seorang lelaki Georgia yang membuat rancangan dan mencuri AS$74,300 ($101,861) daripada seorang pengurup wang di Singapura telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua bulan pada Rabu.

Akhalaia Irakli, 46 tahun, telah menyasarkan pengurup wang di Peninsula Shopping Centre di Coleman Street untuk melakukan kesalahan itu.

Pada 6 April, dia terbang ke Singapura bersama rakan senegara dan rakan subahatnya, Malishava Joni, 55 tahun, yang turut dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah Ogos lalu atas kesalahan termasuk satu pertuduhan mencuri, setiap seorang.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dan Pan berkata Irakli dan Joni datang ke Singapura dengan membawa mata wang dolar Amerika, baik yang palsu mahupun tulen. Mereka juga mempunyai matawang palsu euro.

Pada 21 April, Irakli berkunjung ke pengurup wang di Peninsula Shopping Centre dan berkata dia ingin membeli AS$75,000, dengan urusannya dilakukan di waktu lain.

Dia dan Joni hadir sekitar 4.30 petang hari yang sama. Pemilik tunggal kedai itu menyerahkan 750 keping wang kertas AS$100 kepada Irakli dalam lapan bungkusan berbeza.

Irakli kemudian mengeluarkan AS$700 daripada bungkusan itu dan membayarnya dalam mata wang lain.

Dia kemudian meletakkan baki AS$74,300 dalam tiga beg plastik yang kemudiannya dimasukkan ke dalam beg bimbit kulit hitam.

DPP Pan memberitahu mahkamah pada Ogos bahawa tanpa disedari mangsa, beg bimbit hitam itu sudah pun mengandungi tiga beg plastik lain, setiap satu mengandungi bungkusan wang kertas.

Bagi setiap bungkusan, wang kertas di bahagian luar dan paling dalam adalah wang kertas AS$100 tulen. Baki wang kertas pula adalah campuran wang Amerika dan euro palsu serta wang kertas AS$1 tulen.

DPP Pan memberitahu mahkamah: “Kedua-dua mereka telah menyediakan wang kertas ini pada malam sebelumnya untuk menampakkan seolah-olah ia mengandungi (semua wang tulen) untuk menipu mangsa.”

Irakli kemudian berkata dia ingin menyerahkan beg bimbit itu kepada mangsa melalui kaunter untuk “disimpan dengan selamat” namun tidak dapat berbuat demikian kerana pembukaan panel kacanya terlalu kecil.

Pada Ogos, DPP Pan juga berkata kedua-dua tertuduh membuka semula beg bimbit kulit hitam itu, atas alasan untuk memindahkan wang Amerika tulen ke beg tangan hitam yang lebih kecil.

Namun mereka sebaliknya memindahkan tiga beg plastik yang mengandungi wang palsu daripada beg bimbit kulit hitam ke beg tangan hitam.

Kedua-dua mereka kemudian menyerahkan beg tangan mengandungi wang palsu kepada mangsa untuk “disimpan”, sambil berkata mereka akan kembali untuk membayar dan mendapatkan wang Amerika tulen itu.

Mereka berjaya mencuri AS$74,300 dan tidak kembali.

Apabila mangsa menyedari telah ditipu, beliau melaporkan kepada polis.

Kedua-dua pesalah itu berjaya menaiki pesawat di Lapangan Terbang Changi untuk meninggalkan Singapura, namun berjaya ditangkap sebelum ia berlepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >