Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 terperangkap bawah pokok tumbang dalam keadaan stabil; mangsa ke-3 dibenar pulang dari hospital

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



DUA orang yang terperangkap di bawah pokok besar yang tumbang di Kelab Masyarakat Ulu Pandan berada dalam keadaan stabil dan sedang pulih di hospital.



Orang ketiga yang cedera dalam insiden itu telah dibenarkan pulang, kata Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah, Encik Christopher de Souza.



Dalam catatan Facebooknya semalam, Encik de Souza berkata beliau membuat lawatan ke rumah lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Encik Neo, seorang penduduk Ulu Pandan.



"Saya sangat lega beliau (Encik Neo) baik-baik saja dan mahu kembali berlari di sepanjang koridor rel secepat mungkin... beliau mempunyai sikap yang sangat positif dan optimis," kata Encik de Souza.



Bagi dua lagi mangsa yang kejadian, Encik de Souza berkata beliau ingin melawat mereka semalam tetapi pihak hospital mencadangkan sesi zoom pada hari ini (Isnin) sebagai ganti, berikutan langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan di hospital.



Encik de Souza berkata:



"Saya sentiasa dimaklumkan tentang kesihatan dan keadaan dua orang lagi yang masih dirawat di hospital.



"Mereka bukan penduduk Ulu Pandan. Saya amat bersyukur kerana mereka berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih."



Beliau menambah bahawa mereka juga memerlukan beberapa hari untuk rehat.



"Saya memahami sepenuhnya dan akan menghubungi mereka melalui zoom esok (hari ini)," katanya.



Encik de Souza berkata terdapat pengajaran penting yang boleh dipelajari daripada kejadian itu.



Beliau menambah akan mempengerusikan mesyuarat awal minggu hadapan untuk melihat bagaimana untuk belajar daripada insiden itu, dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko kejadian daripada berulang.



Ini, katanya, termasuk langkah-langkah seperti memastikan kesihatan pokok dalam pekarangan kelab masyarakat dan mengkaji kemungkinan meningkatkan kesediaan pusat akses untuk ambulans di sepanjang koridor rel.



Encik de Souza berkata: "Saya pastikan perhatian peribadi saya terhadap perkara ini."



Pokok itu, dipercayai mahogani Afrika, tumbang pada petang kelmarin.



Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Pasukan penyelamat terpaksa menuruni cerun curam untuk menyelamatkan mereka, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 6 petang kelmarin. Pokok itu terpaksa ditebang sebelum mangsa dapat diselamatkan.



Pakar perubatan kecemasan berada di lokasi untuk memantau mangsa apabila pokok itu ditebang dan anjing pencari K9 digunakan untuk memeriksa sama ada terdapat mangsa lain. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >