Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 dipindah apabila flat di Little India terbakar

Oct 18, 2023 | 05:19 PM



Sekitar 20 penduduk dipindahkan selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Little India pada Selasa malam.

Dalam satu catatan Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, ia dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah flat tingkat tiga di Blok 662 Buffalo Road sekitar 8 malam, lapor The Straits Times.


“Sebelum ketibaan SCDF, seorang lelaki yang berada di salah sebuah bilik tidur di unit terjejas diselamatkan oleh pegawai polis dan orang awam melalui tingkap bilik tidur yang menghadap koridor,” kata SCDF, sambil mengatakan lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tan Tock Seng.

“Api yang menjejas kandungan di ruang tamu dan dapur itu dapat dipadamkan oleh SCDF menggunakan dua jet air,” tambahnya.

Haba dan jelaga kebakaran itu turut merosakkan ruang lain flat tersebut.

Dalam sebuah video TikTok berhubung kejadian itu yang tersebar dalam talian, bahagian dalaman flat itu kelihatan terbakar dan diselaputi asap hitam yang keluar dari tingkap flat. Jeritan dan siren ambulans terdengar dalam video itu.

Sekitar 8.45 malam, api telah dipadamkan tetapi terdapat hingga 50 orang di seberang blok itu yang menyaksikan anggota bomba masuk ke dalam flat terbabit untuk memeriksanya.

Tiga trak bomba, dua ambulans, lima kereta polis dan sebuah van SCDF kelihatan berhampiran stesen MRT Little India.

Satu kepungan dibuat di sekeliling blok itu hingga sejauh Pusat Tekka. Beberapa anggota polis dan bomba kedengaran menasihatkan orang ramai supaya berada di belakang kepungan untuk keselamatan mereka.

Pegawai polis juga mengarahkan orang ramai berjalan atas rumput dan tidak di kawasan berbumbung yang dikepung.

Seorang yang berada di tempat kejadian itu, Cik Masitho Sallehuddin, berkata: “Saya sedang berjalan ke perhentian bas dekat Pusat Tekka sekitar 8.30 malam, tetapi saya berhenti apabila nampak beberapa lampu ambulans dan trak SCDF berkelip. Tetapi api sudah dipadamkan.”

Polis dan SCDF memindahkan kira-kira 20 penduduk dari blok terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kebakaran itu sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >