Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 pelajar terima anugerah PSLE KGMS tahun ini

Dec 18, 2021 | 05:31 PM



SERAMAI 20 pelajar yang menerima Anugerah Pendidikan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) bagi peringkat PSLE tahun ini.



Anugerah tersebut yang diperkenalkan sejak 2013 bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan anak-anak ahli KGMS yang memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. 



Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, dalam satu majlis berskala kecil yang diadakan di Begonia Pavilion, Downtown East pada Sabtu (18 Dis).



Dalam ucapannya, Cik Rahayu, yang juga merupakan Penasihat KGMS berkata meskipun para pelajar menghadapi cabaran dengan penyesuaian yang perlu dibuat disebabkan oleh Covid-19 serta perubahan pada penskoran PSLE yang bermula tahun ini, mereka berjaya menunjukkan ketabahan dalam mengharungi cabaran ini.



“Semenjak Covid-10 melanda pada hujung tahun 2019, landskap pendidikan negara telah melalui beberapa perubahan dan penyesuaian dalam menghadapi norma baru. Tahun ini juga tidak terkecuali.



“Kohort Darjah 6 pada tahun ini telah berhadapan dengan beberapa kendala yang menimbulkan cabaran-cabaran yang unik dan tidak dilalui oleh kohort terdahulu.



“Namun begitu, dengan sokongan ibu bapa dan usaha berterusan guru-guru dalam mempersiapkan pelajar-pelajar kita untuk PSLE, anak-anak kita mampu dan berjaya menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan tekal dan tabah,” kata beliau. 



Sejak diperkenalkan, KGMS telah memberi anugerah pendidikan kepada lebih daripada 200 orang anak ahli persatuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >