Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: WARGA SINGAPURA

$200 juta pertingkat sokongan perusahaan naikkan usia persaraan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



LEBIH $200 juta akan diperuntukkan untuk mempertingkat sokongan terhadap perusahaan yang menaikkan usia persaraan dan usia pengambilan bekerja semula lebih awal.



Ini dilakukan melalui dua inisiatif iaitu Geran Pengamal Awal bagi Pengambilan Pekerja Lanjut Usia dan Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan.



Kededua geran itu merupakan komponen utama Pakej Sokongan Pekerja Lanjut Usia yang diperkenalkan Februari tahun lalu untuk membantu perusahaan membuat penyesuaian terhadap usia persaraan dan pengambilan bekerja semula yang dinaikkan.



Sebelum ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan pada 2019 bahawa usia persaraan akan dinaikkan kepada 63 tahun manakala usia pengambilan bekerja semula akan dinaikkan kepada 68 tahun.



Membentangkan langkah tersebut di Parlimen semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata pemerintah dan pergerakan buruh memutuskan untuk memperkenalkan langkah itu lebih awal lagi tahun ini.



Menurut Encik Heng, respons syarikat terhadap kededua inisiatif itu amat menggalakkan, justeru pemerintah memutuskan untuk mempertingkat inisiatif itu.



Melalui kededua geran yang dipertingkat itu, perusahaan boleh menerima geran sokongan sehingga maksimum $5,000 bagi setiap pekerja usia lanjut, jika mereka menaikkan usia persaraan kepada 65 tahun dan usia pengambilan bekerja semula kepada 70 tahun.



Selain itu, perusahaan juga perlu komited menyediakan peluang bekerja semula separuh masa bagi pekerja yang layak serta mematuhi garis panduan tiga pihak bagi Amalan Mesra-Usia di Tempat Kerja.



"Pekerja lanjut usia juga memerlukan lebih banyak sokongan. Pemerintah juga kini meneroka lebih banyak cara untuk memastikan pekerja yang lebih berusia dapat terus bekerja jika mereka inginkannya," kata Encik Heng.



Kriteria kelayakan baru bagi kededua geran tersebut bermula 16 Februari dan bertujuan untuk memastikan ia akan merangkumi lebih ramai pekerja lanjut usia dan perusahaan yang boleh meraih manfaat.



Manfaat kededua geran tersebut dihadkan kepada 50 pekerja lanjut usia bagi setiap syarikat dengan had dana keseluruhan $125,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >