Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

200 pelajar poly berpeluang bekerja di luar negara setiap tahun

Nov 24, 2015 | 09:37 AM



LEBIH 200 pelajar politeknik akan dapat ke luar negara untuk bekerja setiap tahun, dalam usaha menyediakan mereka bagi pasaran tenaga kerja global.


Agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapora menandatangani perjanjian pada Isnin (23 Nov) dengan lima politeknik untuk melanjutkan latihan amali di luar negara kepada para pelajar mereka di bawah Program Bakat Muda (YTP).


Program itu, yang bermula pada 2013, menawarkan pembiayaan bagi latihan amali di luar negara. Sebelum ini, ia hanya bagi pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).


Skim yang telah menyokong lebih 1,400 pelajar universiti itu bertujuan membangunkan bakat muda bagi memenuhi keperluan syarikat tempatan yang beroperasi di luar negara.


IE Singapore akan membiayai dua pertiga daripada kos bekerja di luar negara di bawah program itu.


Hampir separuh pelajar di beberapa politeknik sudah mempunyai pendedahan di luar negara melalui program yang termasuk latihan amali.


Saatu tinjauan IE Singapore dari November hingga Februari lalu mendapati 40 peratus syarikat Singapura mahu meningkatkan bilangan peranan global bagi kakitangan mereka tahun depan, tetapi menghadapi cabaran dalam mencari calon sesuai.


Ketua eksekutif IE Singapore, Encik Teo Eng Cheong, berkata dengan perjanjian baru itu, lebih ramai rakyat Singapura akan dapat "memperoleh kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk beroperasi di luar negara".


YTP selaras dengan inisiatif SkillsFuture yang bertujuan mendidik pelajar dengan kemahiran relevan untuk kerjaya masa depan.


Pada September, 63 pelajar politeknik menyertai projek perintis YTP. Mereka bekerja di lebih 20 pertubuhan, seperti syarikat barangan pengguna gergasi Amerika Syarikat, Procter & Gamble, dan bekerja tiga hingga 22 minggu di negara-negara seperti Australia, China dan Jerman.


Pemangku Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, yang bertanggungjawab bagi pendidikan dan kemahiran tinggi, berkata dalam majlis menandatangani perjanjian itu bahawa bekerja di luar negara membantu pelajar membangunkan perspektif global serta rasa ingin tahu untuk belajar dan mencari jawapan kepada masalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >