Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

20.5% banduan warga SG, PR berusia ke atas 55 tahun

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 20.5 peratus jumlah banduan tempatan terdiri daripada warga Singapura atau Penduduk Tetap yang berusia lebih daripada 55 tahun akhir tahun lalu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam.



Tambahnya, 72.4 peratus daripada jumlah 1,924 itu juga telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan sementara 56.1 peratus melakukan demikian dalam tempoh tiga bulan.



Beliau memberikan perangkaan tersebut dalam respons bertulis kepada pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim di Parlimen semalam.



Encik Zhulkarnain telah bertanya tentang jumlah banduan yang kini berusia lebih 55 tahun serta banduan yang akan mencecah usia 55 tahun sebaik tempoh hukuman penjara mereka tamat.



Beliau juga meminta perangkaan jumlah bekas banduan yang telah mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga dan enam bulan selepas dibebaskan.



Dalam pada itu, Encik Shanmugam berkata jumlah banduan yang berusia 55 tahun ke bawah pada akhir tahun lalu tetapi akan mencecah usia 55 tahun ke atas sebaik tempoh hukuman penjara tamat adalah 492 iaitu 5.2 peratus jumlah banduan secara keseluruhan.



"Pada 2020, sebanyak 1,344 banduan tempatan berusia 55 tahun keatas semasa dibebaskan. Sebanyak 56.1 dan 72.4 peratus daripada jumlah banduan ini telah mendapatkan pekerjaan antara tiga dan enam bulan masing-masing selepas dibebaskan," katanya.



Namun, jumlah sebenar mungkin lebih daripada ini kerana data tersebut berdasarkan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka dan tidak merangkumi pekerjaan seperti penghantar makanan dan pemandu kereta sewa swasta. Bagi bekas banduan yang berusia 55 tahun ke atas dan berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan, kadar kemampuan mereka untuk kekal dalam pekerjaan dalam tempoh tiga dan enam bulan adalah 81.6 dan 42.5 peratus masing-masing, menurut Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >